no comments

ARTIKEL RINTIS DAN TEKNIK PENGHIBRIDAN

ARTIKEL RINTIS DAN TEKNIK PENGHIBRIDAN

Sebahai pelajar penyelidikan yang baharu, anda membuat kajian dengan matlamat memenuhi prasyarat untuk mendapatkan ijazah sarjana atau kedoktoran. Anda perlu membuat kajian dan menulis sorotan kajian yang tebal dan mendalam, maka rujukan daripada artikel yang banyak adalah sangat penting. Oleh itu, Selepas menguasai teknik Document Map/ Navugation Pane, Mulakan langkah kedua menggunakan artikel rintis (pilot article) bagi memudahka anda mencari jurang penyelidikan (research gap).

Artikel rintis adalah beberapa artikel yang paling hampir dengan kajian yang anda bercadang untuk lakukan. Bahagian rujukan artikel-artikel ini membolehkan anda melakukan pencarian artikel lain secara bola salji (snowballing) dalam bidang yang sama. Tiga contoh artikel mmastery learning dalam matematik adalah seperti berikut:

1.Shafie,N., Shahdan, T.N.T & Liew, M.S. (2010). Mastery Learning Assessment Model (MLAM) in Teaching and Learning Mathematics. Procedia Social and Behavioural Sciences 8, 294-298.

2. Davrajoo, E. Tarmizi, R. A., Nawawi, M. & Hassan, A. (2010) Enhancing Allgebraic Conceptual Knowledge with Aid of Module Using Masteru Learning Approach. Procedia Social and Behavioural Sciences 8, 362-369.

3. Isvoran, A. (2011). The Masteru of Facilitating Learning the Disciplines in the Mathematics and Science Curriculum. Journal of Educational Sciences 84-88.

Ketiga-tiga artikel rintis mungkin mempunyai reka bentuk kajian yang berbeza, teori yang berbeza yang boleh anda kacukan/hibrid. Teknik penghibridan ini akan menghasilkan satu kajian “baru” yang boleh mengjadi jurang penyelidikan dalam bidang yang dikaji dan seterusnya menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, elakkan dari menetapkan tajuk kajian anda terlbih dahulu, tetapi mulakan dengan pencarian artikel rintis.

Sumber: Dr Othman Talib

Dari: Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL