no comments

ARTIKEL BERSIRI

Terdapat juga artikel bersiri dalam majalah seperti Times, Parents, Discovery, Computer World, atau National Geographic. Artikel bersiri ini samada ditulis oleh seseorang yang pakar ataupun seseorang yang bukan pakar tetapi mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang yang ditulis. Artikel sebegini lazimnya berada dalam kategori penulisan popular yang ditulis untuk orang awam dengan hanya disemak oleh editor penerbitan tersebut. Ini termasuklah juga artikel-artikel atas talian seperti penulis blog, atau disiarkan melalui laman sosial yang tidak disemak oleh sesiapa. Kesemua artikel dalam kategori ini disebut sebagai artikel bukan berwasit (non-peer reviewed artikel) yang jarang digunakan sebagai sumber dalam artikel berwasit, kecuali dalam bidang tertentu seperti kewartawanan dan komunikasi. Namun ada juga artikel bab dalam buku yang hanya disemak oleh editor buku tersebut sahaja, maka artikel begini juga berada dalam kategori artikel bukan berwasit.

Bagaimana dengan artikel prosiding yang diterbitkan untuk sesuatu konferens, kolokium atau persidangan? Lazimnya, kertas atau artikel prosiding disemak oleh editor yang dilantik oleh penganjur bagi menyemak kesesuaian tajuk dan isi artikel prosiding tersebut menepati tema sesuatu konferens, kolokium atau persidangan. Ini bermakna, proses semakan tidak dilakukan oleh panel pakar, maka kertas prosiding seperti ini boleh dianggap sebagai artikel bukan berwasit.

Namun, terdapat konferens yang melibatkan tema yang fokus yang dianjurkan oleh badan khusus yang profesional seperti Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) dan The Association for Computing Machinery (ACM) yang mementingkan pemilihan prosiding yang terkini, novel dan signifikan. Berikut beberapa konferens yang dikatakan terbaik anjuran kedua badan tersebut dengan ramai pakar yang menyediakan kertas prosiding. Anda boleh bersandarkan kepada konferens yang terbaik dengan mengambil hanya prosiding yang disediakan oleh sekumpulan pengarang yang melibatkan pakar. Ini boleh sahaja dijadikan sebagai indikator kepada kualiti data dan penulisan dalam prosiding tersebut. Antara contoh konferens dan simposium yang dianggap terbaik iaitu:

  • IEEE International Symposium on Cluster, Cloud and Grid Computing
  • IEEE Conference on Decision and Control
  • IEEE International Conference on Cluster Computing
  • ACM International Conference on Information and Knowledge Management
  • ACM Conference on Computer Supported Cooperative Work

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL