no comments

Aplikasi SPSS dalam kajian – Reka bentuk dan Populasi

Reka bentuk dan Populasi

Soalan Kajian 1-14 di atas boleh di jawab melalui kajian eksperimen dan tinjauan. Kajian eksperimen melibatkan kajian kesan aplikasi tiga pendekatan berbeza dalam pengajaran mata pelajaran Sains iaitu pengajaran menggunakan MODEL, ANIMASI dan BUKU teks di peringkat kolej komuniti.

Sebanyak 94 subjek telah dipilih secara rawak mudah dari 91 kolej komuniti diikuti dengan pemilihan secara rawak tugasan (random assignment) bagi membentuk tiga kumpulan berbeza tetapi setara yang diajar mata pelajaran Sains seperti 2.1

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3
Subjek diajar berpandukan buku tesks dengan bantuan MODEL Subjek diajar berpandukan buku TESK dengan bantuan ANIMASI Subjek diajar berpandukan buku TEKS secara konvensional

Rajah 2.1 Pembahagian Kumpulan

2.1.4 Kajian Eksperimen

Sebagai pengenalan seperti yang dipelajari dalam kelas kaedah penyelidikan, kajian eksperimen adalah kajian yang melibatkan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Kajian eksperimen mengkaji hubungan kesan dan akibat (cause-and-effect) antara pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar (skor ujian pra, pasca dan pengkelan) setelah pembolehubah luaran yang tidak terlibat dalam kajian dikawal seperti jangkamasa pengajaran yang sama, waktu pengajaran hanya disebelah pagi, isi kandungan rancangan pengajaran yang sama, guru yang sama mengajar ketiga-tiga kumpulan dan interaksi antara subjek yang dikawal . Ujian pra ditadbir sebelum rawatan diberikan, ujian pasca diberikan selepas 6 minggu rawatan (12 waktu x 40 min). Ujian pengekalan ditadbir 2 bulan selepas ujian pasca.

Kijan eksperimen juga menekankan pemilihan sample secaran rawak (random selection) dari populasi. Sampel yang terpilih kemudiannya melalui proses pembahagian secara rawak tugasan (random assignment) kepada kumpulan eksperimen iaitu MODEL (kumpulan 1) dan ANIMASI (Kumpulan 2) manakala kumpulan kawalan adalah TEKS (kumpulan 3).

Kesemua kumpulan diberikan rawatan (treatment) yang beza bagi  mengetahui kesan pembolehubah tidak bersandar (kaedah mengajar) terhadap pembolehubah bersandar (skor pra, pasca dan pengekalan) yang dikaji.

 

Sumber Othman talib

Dari Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL