no comments

APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN UNTUK BERJAYA DALAM VIVA VOCE THESIS MASTER DAN PHD

Setelah menghantar tesis kepada universiti untuk disemak, ini menunjukkan bahawa perjalanan anda sudah menghampiri penghujung Master / PhD. Selepas universiti menyemak penulisan tesis anda, Viva iaitu peperiksaan lisan akan didakan. Masa yang diberikan untuk viva  hanya dalam tempoh 20 hingga 25 minit sahaja dan perlu meringkaskan apa yang telah anda lakukan sepanjang Master / PHD. Dengar saja perkataan VIVA, pasti mulalah terasa gemuruh berdebar dan macam-macam rasa lagi lah kan. Jadi, persediaan sebelum VIVA sangatlah penting supaya semasa pembentangan tersebut, anda mampu ‘tackle’ hati pemeriksa anda.

 

Jadi disini, saya ingin berkongsi beberapa langkah yang harus anda praktikkan untuk berjaya dalam VIVA anda..

 

1) Tahu apa yang hendak dicapai dan sentiasa bersedia

Okay first sekali, anda boleh duduk dan berbincang dengan penyelia dan bertanya tentang siapa yang akan menjadi pemeriksa kelak. Pada masa yang sama, anda hendaklah mempunyai info tentang siapa penonton anda dan apa respon yang bakal diberikan oleh mereka. Sentiasa peka tentang berapa lama tempoh yang diberikan untuk membentangkan Viva tersebut. Ingat, jika anda mengambil masa yang terlampau lama, para penonton mungkin akan berasa bosan. Perkara ini memang akan terjadi walaupun kadangkala pembentangan anda tidaklah mengambil masa yang agak panjang.

Oleh itu, anda boleh mencuba dengan cara anda menyediakan slide PowerPoint yang menarik seterusnya anda membuat beberapa salinan daripada slide tersebut dan agihkan kepada para penonton anda. Sebagai pembentang yang berwibawa dan sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, adalah disarankan untuk anda membawa bersama salinan Tesis semasa Viva Voce. Ini adalah sebagai bahan rujukan buat anda apabila sebarang soalan dikemukakan berdasarkan bahagian-bahagian tertentu didalam Tesis anda.

 

2) Menjadi yang lebih Arif tentang Tesis anda

Okay, yang ni sangat penting ! Anda harus mengetahui Tesis anda secara menyeluruh supaya dapat anda memyampaikan pembentangan anda dengan penuh keyakinan. Justeru itu, anda haruslah mampu menangani segala jenis soalan dengan hujahan yang tepat dan menarik berkenan aspek- aspek didalam Tesis anda.

Misalnya, soalan berkenaan apa yang membuatkan anda memilih tajuk tersebut untuk membuat Tesis, apakah persoalan kajian anda, dengan cara apakah digunakan oleh anda untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan Tesis tersebut juga apakah hasil kajian yang diperoleh. Dalam hal ini, anda dikehendaki untuk mengagak akan jenis soalan yang bakal dilontarkan oleh pemeriksa dan sentiasa bersedia dengan contoh-contoh jawapan yang bernas untuk menjawab segala persoalan mereka.

 

3) Keyakinan adalah kunci segalanya

Untuk menjadi pembentang yang disegani, sampaikan pembentangan anda dengan info yang jelas dan padat serta penuh keyakinan. Jangan menghafal! Ianya boleh dilihat dengan ketara oleh para hadirin apabila anda menghafal teks dan ia boleh menyebabkan anda hilang fokus semasa pembentangan tersebut. Ini kerana fokus anda hanya tertumpu pada mengingati apa yang anda hafal.

Jadi, cara yang lebih baik adalah, anda faham Tesis anda dengan menyeluruh dan terangkannya secara ringkas tetapi padat. Ia juga boleh menjadikan anda seorang yang mempunyai sikap yang positif. Kita haruslah tahu bagaimana cara untuk mengurangkan kegugupan semasa melakukan pembentangan. Ianya sangat penting untuk bertenang dan mampu bercakap dengan lancar dihadapan ahli jawatankuasa. Walaupun ianya agak susah, tetapi jika anda berada di dalam keadaan yang cukup bersedia, keyakinan diri anda bagaimanapun akan meningkat.

Oleh sebab itu, anda hendaklah berlatih sebanyak mana yang mungkin dan adalah lebih baik jika anda berlatih dihadapan penyelia atau rakan-rakan yang mahu membantu anda.

 

4) Apa yang membuatkan kajian anda penting dan bermakna

Bagaimana mahu membuatkan kajian anda memenuhi cirri-ciri yang diperlukan didalam dunia akademik? Apa yang membuatkan penyelidikan anda berbeza daripada apa yang telah sedia ada? Bagaimana penyelidikan anda dapat memberi bantuan yang dapat disumbangkan pada dunia akademik seterusnya pada komuniti dalam skala besar? Apakah strategi anda dalam bidang akademik yang berkaitan dengan penyelidikan yang anda jalankan? Adakah anda merasakan ianya perlu diterbit?

Dalam hal ini, apa yang harus anda lakukan adalah dengan duduk sejenak dan berfikir secara mendalam bagi persoalan-persoalan ini. Ianya amat penting untuk menyakinkan para ahli jawatankuasa mengapa kajian anda ini sangat penting dan tidak harus dipandang ringan. Anda harus percaya akan perkara ini supaya mereka juga percaya!

 

5) Jika benar anda tidak tahu, katakan saja Tidak!

Sememangnya penting bagi anda untuk menjawab segala soalan yang dikeluarkan, dan yakin akan jawapan anda. Namun begitu, pastinya terdapat satu ataupun dua soalan yang anda benar-benar tidak tahu jawapannya. Ya, terdapat pelbagai lagi cara lain untuk mengakui apa yang mengelirukan anda dan untuk anda melontakan kembali soalan tanpa kelihatan seolah-olah anda tidak tahu langsung akan hal ini.

Oleh itu, jika anda berada didalam situasi ini, ianya adalah lebih baik jika anda meluahkan apa yang membuat anda tidak pasti tetapi sangat penting untuk anda mencuba terlebih dahulu dan memberikan pendapat anda sendiri.

 

6) Anda harus percaya!

Ini adalah tips yang paling penting untuk anda semua. Setelah segala usaha yang dilakukan, anda harus percaya pada diri yang anda telah usaha dengan sehabis baik dan selebihnya perlu serahkan pada Allah untuk menentukan apa yang terbaik buat diri anda. Bertawakal lah kepada Allah dan meletakkan pergantungan padaNya, iaitu redha, pasti hati anda akan berasa tenang.

 

Semoga segala panduan ini mampu membantu anda. Semoga berjaya didalam VIVA 🙂

 

SUMBER: DR AFANDI AHMAD

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL