no comments

Apakah tujuan research question dan hypothesis

Selepas membina objektif yang jelas, anda perlu merangka persoalan kajian yang berfungsi memperincikan lagi apa yang ingin anda capai / ukur dalam objektif anda. Setiap persoalan kajian dalam kajian kuantitatif perlu dijawab menggunakan instrumen bagi mengumpul data.

Persoalan kajian di peringkat sarjana bukan hanya menjawab persoalan asas seperti “Apakah….” atau “Adakah….”, tetapi perlu diikuti dengan persoalan dengan lebih mendalam seperti “Bagaimanakah….” atau “Sejauh manakah…..”. Contoh:
– Apakah tahap kebolehan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar Tingkatan 4?
– Bagaimanakah kebolehan penyelesaian masalah pelajar berbeza mengikut jantina?
– Sejauh manakah teknik XX dapat meningkatkan kebolehan pelajar dalam penyelesaian masalah?

Persoalan kajian WAJIB ada bagi semua kajian kuantitatif dan kualitatif. Namun, bagi kajian kuantitatif, membina hipotesis kajian adalah lebih utama. Ini kerana hipotesis diuji dalam kajian kuantitatif untuk sebelum membuat inferens sampel ke populasi. Ada juga kajian eksperimental menyertakan kedua-dua sekali. Contoh:
– Apakah tahap kebolehan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 mengikut jantina?
– Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor kebolehan penyelesaian masalah antara pelajar lelaki dan perempuan.

Sumber: Blog Dr OT

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL