no comments

Apakah Mendeley Ini Dapat Membantu Anda Menulis Tesis?

Mendeley ialah sebuah perisian Reference Manager yang bukan sahaja mesra pengguna, malah yang lebih penting adalah Mendeley boleh dimuat turun secara percuma. Kini kesukaran  dan kegetiran yang bakal dihadapi oleh siswazah dalam mencari artikel serta mengurusnya sepanjang menjadi calon Sarjana mahupin PhD semakin mudah dan efisien.

Reference Manager adalah satu perisian yang mengurus petikan dan rujukan bagi penulisan Ilmiah. Contoh perisian yang popular dalam dunia penulisan akademik adalah EndNote, RefWork, Zotero, Qiqqa dan Mendeley. Reference Manager beroperasi secara umumnya sebagai pangkalan data menyimpan maklumat rujukan dari pelbagai sumber dan kemudiannya maklumat ini diproses dan boleh digunakan untuk menjana petikan dan rujukan secara automatik tanpa perlu menulis apa-apa secara manual.

Ciri-Ciri Asas Mendeley
====
☞ Pencarian online melalui Literature Research
☞ Fungsi paparan penuh artikel
☞ Mengekstrak metadata daripada fail PDF
☞ Pencarian menerusi kata kunci dan operator seperti AND, NOT, published_in, author dan lain-lain
☞Penyediaan pelbagai stail format rujukan Citation Style Language(CSL) seperti APA, IEEE, Harvard, Chicago secara “what-you-select-is-what-you-get”
☞Menulis petikan dan rujukan dalam pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word dan LateX
☞Synchronization dan sokongan data menerusi komputer dengan akaun peribado berdaftar dengan Mendeley
☞Import sumber daripada web database seperti Google Scholar, PubMed dan Papers
☞Eksport fail BibTex dan import daripada EndNote
☞Membina kumpulan kolaborasi dan perkongsiam sumber seperti social network

Sumber: Dr Othman Talib
Dari: Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL