no comments

Apakah Maksud Metodologi?

1. Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian ( merumuskan apa yang dikaji).

2. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.

3. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas ( terperinci) lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

 

CONTOH METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web bagi matematik untuk gabungan oprasi melibatkan jujukan nombor dengan prestasi pencapaian pelajar dalam matematik di sebuah Sekolah menengah di Pengkalan Chepa. Berdasarkan tujuan kajian di atas, bab ini akan membincangkan mengenai rekabentuk kajian, responden kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisaan data.

3.2 Reka bentuk Kajian Kajian ini adalah berbentuk satu kajian eksperimen. Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpulkan maklumat serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Dengan menggunakan laman web dalam pengajaran gabungan operasi bagi jujukan nombor ke atas 30 orang pelajar sebagai intervensi, pengkaji akan melihat sejauh mana kefahaman pelajar dalam tajuk jujukan nombor dan seterusnya boleh meningkatkan prestasi mereka dalam tajuk ini. Soalan ujian diberikan untuk mendapatkan pencapaian prestasi pelajar dalam tajuk ini. Seramai 30 orang dalam sebuah kelas tingkatan dua terlibat dalam kajian ini. Pengkaji akan menjalankan pemerhatian selama 6 minggu di kelas yang diajar dan pada akhir minggu ke 6 pengkaji akan memberi ujian dan soal selidik. Keputusan kajian kes akan disemak dan dibandingkan.

3.3 Sampel Kajian Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Pengkalan Chepa. Kesemua sampel yang dipilih telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik dalam operasi matematik. Pemilihan pelajar tingkatan 2 kerana mereka tidak menghadapi peperiksaan umum pada tahun ini. Disamping itu pada peringkat ini, kebanyakan topik memerlukan pengetahuan asas matematik.

3.4 Instrumen Kajian Satu instrumen kajian akan digunakan dalam kajian ini. Ia merupakan satu set soalan yang mengandungi 20 soalan mengenai tajuk yang dikaji. Soalan ujian ini akan memberikan maklumat mengenai keputusan markah dan gred pelajar. Keputusan ini akan digunakan untuk melihat prestasi pencapaian pelajar di peringkat awal. Jantina pelajar akan diambil untuk melihat sama ada ianya mempengaruhi kebolehan pelajar memberikan jawapan. Satu set soal selidik yang mengandungai 20 soalan juga akan diberikan pada akhir sesi enam minggu mengenai pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web. Soal selidik ini digunakan untuk menilai pendapat serta pandangan pelajar mengenai pengajaran dan pembelajaran. Buku siri ulangkaji matematik tingkatan dua digunakan sebagai bahan rujukan bagi membantu pengkaji membuat rujukan.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data Pengumpulan data akan dijalankan oleh penyelidik di dalam dua kelas tingkatan 2. Semua pelajar tersebut akan mengambil ujian pra. Kelas yang terlibat dalam intervensi diajar menggunakan pengajaran berasaskan laman web (Lampiran 4) manakala kelas yang tidak terlibat dengan intervensi diajar dengan cara biasa (Lampiran 5) oleh guru sekolah tersebut. Ujian pos akan dijalankan pada akhir sesi enam minggu pengajaran. Disamping itu satu soal selidik juga akan dijalankan untuk melihat keberkesanan pengajaran guru serta keberkesanan pembelajaran berasakan laman web, dimana soalan ini meliputi latarbelakang, minat, motivasi dan sikap responden terhadap pembelajaran berasaskan laman web.

3.6 Prosedur Analisis Data Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisa dengan mencari frekuensi dan peratus. Maklumat mengenai markah dan gred matematik setiap pelajar adalah bertujuan untuk melihat peratus keupayaan awal pelajar. Maklumat ini juga berguna untuk mencari hubungan antara pemahaman pengajaran berasaskan laman web dengan prestasi pelajar. Data yang dikumpul dari soalan ujian pra dan pos akan dianalisis menggunakan Statistik Package for the Social Science (SPSS). Hipotesis akan dinilai menggunakan ujian t. Semua tahap signifikan ditentukan pada aras 0.05.

3.7 Ringkasan Kajian ini akan menggunakan rekabentuk kajian kes kerana ia ingin mengkaji sejauh mana pelajar yang betul-betul memahami pembelajaran berasaskan laman web boleh meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran matematik terutama bagi gabungan operasi melibatkan jujukan nombor. Dapatan daripada ujian pos yang diberi pada akhir 6 minggu pengajaran adalah sangat penting untuk menunjukkan sama ada terdapat perbezaan prestasi di kalangan pelajar tersebut. Disamping itu dapatan dari soal selidik semasa sesi intervensi di kelas tersebut dapat menentukan tentang minat, motivasi dan sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran.

 

Sumber: ustazkenali

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL