no comments

APAKAH KRITERIA TESIS YANG TERBAIK?

Saya menulis isu ini secara khusus pada 14 April 2013 dalam blog saya drotspss tentang definisi “The Best Thesis” supaya GOT. Bagi saya “The best thesis is a thesis SOT (submitted on time)” , malah patut ada award untuk ini !!

 

Pertama:

Satu fakta yang saya nak bagi tahu – antara kriteria the best thesis adalah tesis yang mengutarakan tajuk yang penting, thesis yang ditulis dengan baik, tesis yang ada “unsur” novelty.

Secara ringkas, tiada thesis yang sepenuhnya original sebab dari format, research method, analisis data malah teori dan literature review semuanya telah ada, lihat sahaja citation-citation dalam thesis (maknanya telah dijalankan sebelumnya). Maybe isu baru atau variable baru dalam kajian yang menjadikan thesis ada unsur novelty, bukannya thesis tersebut keseluruhannya original.

Kedua:

Katalah setiap tahun ada 100 thesis dihasilkan dari sebuah IPTA setiap kali konvokesyen. Dalam 100 tu berapa agaknya yang betul-betul ada impak? Tentu tidak ada. Yang ada adalah thesis yang menepati criteria wajib, itupun dah cukup baik, dengan unsur novelty.

Ketiga:

Jangan lupa, katalah 100 thesis tersebut dihasilkan oleh 100 pelajar PhD, sedangkan IPTA tersebut mungkin mempunyai 5000 pelajar PhD dengan 500 darinya pula dah luput tarikh cuti belajar mereka beberapa semester. 1000 lagi sedang berada digarisan penamat sedang thesis jauh lagi nak tamat. Dan dalam 100 thesis tu pun maybe tiada satu pun tesis yang berjaya disiapkan dalam tempoh tiga tahun !!

Keempat:

Bagi saya yang kerdil ini, penghasilan thesis PhD (atau Master) yang terbaik adalah bukti keupayaan individu menjalankan kajian saintifik yang sistematik secara independent. Dan jika dia berjaya laksanakan dalam tempuh yang diberikan, itu adalah “the best thesis”.

Kelima:

Kalau anda buat PhD kat Malaysia anda tidak terasa, sebab walaupun sudah masuk 4 tahun anda masih boleh “ek” lagi orangpun tidak perasan. Tapi kalau anda belajar di luar negara, visa dah mati, sponsor tidak bagi biasiswa lagi, habis mana anda nak pergi?

Kalau balik Malaysia tentu malulah juga, kawan-kawan kata ”aaikk sambung lagi kat Malaysia ke cam tu baik buat kat Malaysia jer !”.

Tentu akan ada mulut-mulut yang kata entah-entah anda pergi vacation bukan buat dissertation. Itu tanggapan orang yang tidak boleh elak, sebab dalam post  dalam facebook anda penuh dengan gambar ke sana ke sini,  main snow lagi dan tidak ada satupun gambar anda sedang buat research, abeh cam no !

Masa inilah anda akan tahu betapa “The best thesis is a thesis submitted on time” !! Malah IPTA anda sendiri tidak akan tanya pun, hebatkah thesis yang anda siapkan itu atau dapat award the best sebab the best ketika itu adalah “thesis submitted on time”.

Namun lebih sadis lagi, tidak kisahlah anda buat PhD di UK atau di UKM atau di US atau di USM, sudahlah buat kajian yang terlalulah biasa-biasanyer then masa yang diambil untuk menyiapkan tesis tersebut tersangatlah luar biasa lamanyer !!!

Keenam:

Kajian PhD “yang original” seperti hampir tidak wujud bro. Kalau wujudpun unsur originality kerana pelajar tersebut hanyalah “sebahagian” dari satu projek yang telah lama berjalan, bukan dimulakan dari scratch oleh pelajar tersebut secara individu untuk kajian PhDnya.

Contoh:

Satu contoh “The Best Thesis” telah dianugerah kepada seorang pelajar nukleur fizik berkaitan kajian ALPHA (Antihydrogen Laser PHysics Apparatus).

Pelajar tersebut menjadi student MSc/ PhD bagi satu kumpulan penyelidik terbaik dunia yang telah lama mengendalikan projek ALPHA di makmal CERN (European Organization for Nuclear Research), makmal terbaik dunia (sponsored dari 12 negara Eropah) dengan peralatan jutaan dollar. Maka peluang membuat PhD seperti di CERN kelihatannya seperti sukar diperolehi di tempat lain.

Habis kalau macam itu, tidak perlulah buat kajian-kajian yang dasyat-dasyat ?

Ada ke saya kata tidak perlu ?

Bagi saya, buatlah apa sahaja kajian yang anda nak buat antara langit dan bumi dan segala isi laut. yang outstanding yang break through yang apa sahaja jika anda dapat disiapkan dalam 3 tahun. Jika tidak, baik anda tungguh lah dulu niat tersebut. Fokuslah pada kajian yang boleh mengajar anda membuat research dengan baik dan sistematik, then hantar thesis tu on time dan dapatkan PhD on time, kemudian teruskan timba pengalaman baru, mohon geran juta-juta untuk ubah apa sahaja yang anda termampu, itupun jika anda termampu !!

Barulah anda terbaik, bukan sahaja akan dapat Title “Dr” dalam 3 tahun tetapi boleh terus segera berkhidmat, terus menjalankan research, lalu menyumbang kepada mayarakat secara lebih signifikan, bukannya panik kerana selepas 5 tahun masih terkial-kial menyiapkan tesis bombastic yang dah masuk fasa static.

 

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL