no comments

APAKAH KRITERIA TESIS TERBAIK ?

Saya tersenyum bila tiba-tiba perkataan GOT (Graduate On Time) mula menjadi sebutan, kecoh sekolah siswazah, KPT malah disebut-sebut juga di Malaysia Hall London !

Saya ingat lagi, ada yang perli, mencebek bibir bila saya mula-mula menulis dalam blog sambil menyarankan bahawa tesis PhD / Master perlu disiapkan dalam tempohnya sambil mengubah pelajar yang baru kepada “EXPERT in the making”… maka antara saranan saya supaya kuasai bidang kajian dan pilihlah tajuk kajian yang memungkinkan anda GOT !

Malah saya telah mendefinisikan “Tesis Terbaik” adalah SOT (Submitted On Time), supaya boleh GOT kerana bagi saya Tesis Terbaik bukanlah tesis yang “gempak” dan kononnya mesti memberi impak kepada mana-mana pihak.

Nasib mereka hanya perli dan mencebek, tidak sampai kata saya gila. Kalau tidak, sama taraf lah saya dengan Einstein !!

Saya menulis isu ini secara khusus pada 14 April 2013 dalam blog saya drotspss tentang definisi “Tesis Terbaik” supaya GOT. Bagi saya “Tesis terbaik adalah tesis SOT (submitted on time)” , malah patut ada anugerah untuk ini !!

 

Pertama:

Satu fakta yang saya nak bagi tahu – antara kriteria tesis terbaik adalah tesis yang mengutarakan tajuk yang penting, tesis yang ditulis dengan baik, tesis yang ada “unsur” kebaharuan.

Secara ringkas, tiada tesis yang sepenuhnya asal sebab dari format, kaedah penyelidikan, analisis data malah teori dan kajian literatur semuanya telah ada, lihat sahaja petikan-kutipan dalam tesis (maknanya telah dijalankan sebelumnya). Mungkin isu baru atau pembolehubah baru dalam kajian yang menjadikan tesis ada unsur kebaharuan, bukannya tesis tersebut keseluruhannya asal.

Kedua:

Katalah setiap tahun ada 100 tesis dihasilkan dari sebuah IPTA setiap kali konvokesyen. Dalam 100 tu berapa agaknya yang betul-betul ada impak? Tentu tidak ada. Yang ada adalah tesis yang menepati kriteria wajib, itupun dah cukup baik, dengan unsur kebaharuan.

Ketiga:

Jangan lupa, katalah 100 tesis tersebut dihasilkan oleh 100 pelajar PhD, sedangkan IPTA tersebut mungkin mempunyai 5000 pelajar PhD dengan 500 darinya pula dah luput tarikh cuti belajar mereka beberapa semester. 1000 lagi sedang berada digarisan penamat sedang tesis jauh lagi nak tamat. Dan dalam 100 tesis tu pun mungkin tiada satu pun tesis yang berjaya disiapkan dalam tempoh tiga tahun !!

Keempat:

Bagi saya yang kerdil ini, penghasilan tesis PhD (atau Master) yang terbaik adalah bukti keupayaan individu menjalankan kajian saintifik yang sistematik secara bebas. Dan jika dia berjaya laksanakan dalam tempuh yang diberikan, itu adalah “tesis terbaik”.

Kelima:

Kalau anda buat PhD kat Malaysia anda tidak terasa, sebab walaupun sudah masuk 4 tahun anda masih boleh “ek” lagi orangpun tidak perasan. Tapi kalau anda belajar di luar negara, visa dah mati, penaja tidak bagi biasiswa lagi, habis mana anda nak pergi?

Kalau balik Malaysia tentu malulah juga, kawan-kawan kata ”aaikk sambung lagi kat Malaysia ke cam tu baik buat kat Malaysia jer !”.

Tentu akan ada mulut-mulut yang kata entah-entah anda pergi vacation bukan buat disertasi. Itu tanggapan orang yang tidak boleh elak, sebab dalam post  dalam facebook anda penuh dengan gambar ke sana ke sini,  main snow lagi dan tidak ada satupun gambar anda sedang buat research, abeh cam no !

Masa inilah anda akan tahu betapa “Tesis terbaik adalah tesis yang diserahkan tepat pada waktunya” !! Malah IPTA anda sendiri tidak akan tanya pun, hebatkah tesis yang anda siapkan itu atau dapat anugerah yang terbaik sebab yang terbaik ketika itu adalah “tesis yang diserahkan tepat pada masanya”.

Namun lebih sadis lagi, tidak kisahlah anda buat PhD di UK atau di UKM atau di US atau di USM, sudahlah buat kajian yang terlalulah biasa-biasanyer kemudian masa yang diambil untuk menyiapkan tesis tersebut tersangatlah luar biasa lamanyer !!!

Keenam:

Kajian PhD “yang asal” seperti hampir tidak wujud bro. Kalau wujudpun unsur keaslian kerana pelajar tersebut hanyalah “sebahagian” dari satu projek yang telah lama berjalan, bukan dimulakan dari awal oleh pelajar tersebut secara individu untuk kajian PhDnya.

Contoh:

Satu contoh “Tesis Terbaik” telah dianugerah kepada seorang pelajar nukleur fizik berkaitan kajian ALPHA (Antihydrogen Laser PHysics Apparatus).

Pelajar tersebut menjadi student MSc/ PhD bagi satu kumpulan penyelidik terbaik dunia yang telah lama mengendalikan projek ALPHA di makmal CERN (European Organization for Nuclear Research), makmal terbaik dunia (sponsored dari 12 negara Eropah) dengan peralatan jutaan dollar. Maka peluang membuat PhD seperti di CERN kelihatannya seperti sukar diperolehi di tempat lain.

Habis kalau macam itu, tidak perlulah buat kajian-kajian yang dasyat-dasyat ?

Ada ke saya kata tidak perlu ?

Bagi saya, buatlah apa sahaja kajian yang anda nak buat antara langit dan bumi dan segala isi laut. yang beredar  melepasi apa saja jika anda dapat disiapkan dalam 3 tahun. Jika tidak, baik anda tini lah dulu niat itu. Fokuslah pada kajian yang boleh mengajar anda membuat penyelidikan dengan baik dan sistematik, kemudian menghantar tesis itu tepat pada masanya dan dapatkan PhD tepat pada waktunya, kemudian teruskan pengalaman baru, minta geran juta-juta untuk mengubah apa saja yang anda mampu, walaupun jika anda mampu! !

Barulah anda terbaik, tidak hanya dapat Tajuk “Dr” dalam 3 tahun tetapi dapat terus berkhidmat, terus menjalankan penyelidikan, dan menyumbang kepada masyarakat lebih nyata, bukan panik kerana setelah 5 tahun masih terkial-kial menyiapkan tesis bombastic yang sudah masuk fasa statik.

Sumber : Dr Othman Talib
Dari: Team Mpws

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL