no comments

APAKAH DOSA BRACKET DAN COMMA?

Saya tidak pernah terfikir mengapa dahulu saya dapat menyiapkan proposal saya dalam masa 3 bulan sahaja…..dari tarikh saya mendaftarkan diri dan terus diterima selepas 2 kali presentations – pertama depan SUPERVISORY committee… dan selepas dibaiki di present pula di khalayak mat dan minah salleh di School of Education… University of Adelaide, lulus untuk kajian !!Kemudian saya menulis dan menulis dan merujuk dan membuat researchdan analisis data dan menulis tanpa henti….. SIAPP !!!

Bila saya mula mengajar….saya dapati majority PG tidak buat apa-apapun dalam tempuh 3 bulan tersebut. Saya terfikir juga dan berpendapat maybe system penulisan thesis di IPTA tidak berapa mesra pelajar dan kurang flexible. Ambil bibliografi sebagai contoh paling sempoi. Jika PG menulis
thesis di IPTA XYZ, dia terpaksa ikut format gaya penulisan thesis di IPTA tersebut. Bila nak hantar artikel ke journal … ubah pula ke format international. Kemudian bila dah habis belajar…. balik ke IPTA sendiri, ikut pula gaya lain…. amende ni?

Tapi saya belajar dulu…. setiap jabatan akan ikut format international yang standard dalam bidang masing-masing… supaya pelajar boleh menghantar artikel ke jurnal international tanpa perlu mengubah lagi dan lagi dan lagi format penulisan masing-masing…. dan boleh terus apply bila balik di negara sendiri… sebab UPM mengamalkan gaya standard. Denganreference manager seperti Mendeley… lagi lah cepat… tidak payah nak fikir-fikir panjang.

Saya tidak nampak rasional perlunya gaya tersendiri yang berbeza pula dengan format standard kerana semua reference manager seperti EndNote, RefWork dan Mendeley dibina mengikut format international yang standard.

Tambahan ini seperti tidak selari dengan hasrat IPTA sendiri untuk menerbitkan sebanyak mungkin artikel dalam international journal yang tidak mungkin akan menerima gaya tersendiri IPTA di Malaysia. PG digesa membaca jurnal berimpak tinggi hantar ke jurnal scopus / ISI indexed yang semua ini mengikut gaya standard.

Saya tidak nampak rasionalnya mengubah format standard (seperti APA) dengan menulis (Othman Talib, 2013) ditukar kepada (Othman Talib 2013) ataupun bahagian rujukan apabila “Othman Talib (2013)” ditukar menjadi
“Othman Talib. 2013”. Perubahan ini tidak memberikan apa-apa makna kerana perbezaan tersebut “tidak signifikan” pun sebab hanya dibuang
comma dan bracket sahaja atau bahasa canggihnya P>.05

Semasa saya siapkan thesis saya, pengukuran yang remeh temeh sepertimargin, indent, caption lebih flexble lagi dengan syarat buat secara
konsisten bagi keseluruhan thesis. Tidak ada sesapapun datang ukur nak pastikan ketepatannya sehingga ke milimeter terakhir seperti di Malaysia! Bila saya pinjam thesis pula, biar dari mana sekalipun, on-line atau off lineatau dari IPTA / IPTS atau dari research database seperti EbscoHost atau Science Direct, saya hanya ingin merujuk isi thesis tersebut bukannya format penulisan, lantaklah margin tu berapa besar atau kecil beberapa
mm atau cm… Tidak kisahlah format apapun, yang penting isinya relevan
dengan kajian saya. Itu yang penting.

Anda pun takkan bandingkan thesis A dengan thesis B mana yang lebih baik hanya kerana gaya penulisan yang berbeza atau format citation atau margin yang anda cari mana satu yang paling relevan dengan kajian anda.Sekali lagi, adakah saya yang bodoh memikirkan benda-benda remeh begini?

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL