no comments

APA MATLAMAT UTAMA BUAT MASTER / PhD ?

Semua kajian dimulakan dengan Problem Statement (PS) iaitu menyatakan “masalah” yang membawa kepada keperluan untuk menjalankan kajian.

Apakah masalah “utama” yang perlu difokuskan diperingkat master / PhD?

Sebelum itu, fahami bahawa “MASALAH adalah sesuatu yang menghalang untuk anda mencapai sesuatu matlamat”.

Simple fact !

Apa matlamat belajar sampai ke master / PhD ?

Matlamat belajar diperingkat master / PhD bertujuan menguasai sesuatu bidang secara mendalam untuk menyumbang sesuatu yang novel kpd pengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh kerana anda tidak ada apa-apa yang novel untuk disumbangkan secara signifikan, maka wujudlah “masalah”.

Bagaimana “masalah” ini dapat diatasi untuk capai matlamat master / PhD?

“Masalah” ini akan dapat diatasi dengan “membuat satu kajian at the frontier of knowledge” supaya dapatan kajian tersebut novel dan signifikan – maka tercapailah matlamat master / PhD anda !!

As simple as that !

Inilah fokus awal perbincangan dengan SUPERVISOR – untuk mencari “masalah” yang memenuhi keperluan di atas – mendapatkan informasi yang novel melalui satu kajian – BUKAN mencari GAP, apatah lagi GAP yang kononnya menyumbang kepada kementerian itu dan malah negara !! Mana datang semua tuntutan ini ?

Berlakunya blurr dalam pemikiran PG bila diminta menyediakan PS dengan momokkan supaya mencari masalah untuk mengisi GAP (dari kajian lepas) yang koninnya mesti ada impact kepada itu dan ini, bukannya mengenalpasti “what else need to be done to contribute something to the knowledge” – mana tidak pening !

Pelajar yang bangunkan instrumen dan test the fitness of model sesuatu fenomena semasa misalnya, bukan bertujuan untuk mengisi apa-apa GAP apatah lagi untuk menyumbang apa-apaatau mberi impact kepada mana2 pihak tetapi menyelesaikan masalah “pengesahan model melalui ujian fitness” sebagai sesuatu yang novel yang menyumbang kpd pengetahuan dalam bidang yang dikaji.

Is it too difficult to understand ?

Sumber: Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL