no comments

APA MASALAHNYA DENGAN KAJIAN REPLIKASI ?

APA MASALAHNYA DENGAN KAJIAN REPLIKASI ?

Ini adalah satu kenyataan… sekurang-kurangnya kepada dunia PG social science.

Pertama:

Dunia research dunia baru bagi saya, anda dan SUPERVISOR apabila mula mendaftarkan diri. Dunia yang hampir semua PG bermula dengan ZERO tentang research.

Kedua:

Saya percaya…. Hampir 100% PG yang ketika mendaftar belumpun confirmed area of investigation yang ingin dikaji, malah sebahagiannya “menggelupur” mencari tajuk kajian yang memenuhi saranan turun temurun “jangan buat kajian yang replikasi” atau “buatlah kajian yang belum ada orang lain buat” !

Ketiga:

Saya juga percaya…. majority PG kadang-kadang bukan sahaja tidak tahu amende tu MANOVA, ANOVA factorial, EFA dan CFA, AMOS, Rasch, inductive + deductive+ induced coding , thematic coding  + inter-rater …. kadang-kadang chi-square, t-test, normality dan correlation pun macam alien ….

Keempat:

Dan saya percaya bukan sahaja 3 aspek di atas adalah ZERO bagi sebahagian besar PG…. skill lain seperti sampling technique, instrumentation, validation techniques, data collection, analytical dan critical Review, citation, interpretation dan lain-lain pun lebih kurang sama !

Kelima:

Kajian-kajian lepas adalah satu urutan “replikasi” – sekurang-kurangnya pada teori dan analisis data. Sebab itulah thesis wajib ada Chapter 2 – Literature Review dan Chapter 3 – Methodology yang diReview dari kajian lepas !!

Jadi PG perlu belajar dan menguasai dengan mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan membuat penilaian kajian yang ingin dijalankan berdasarkan kajian lepas… supaya ada ruang advancement, modification, added value, refinement dari kajian lepas sebagai sedikit contribution to knowledge.

Keenam:

PG yang bermula dengan ZERO perlu segera menguasai semua kemahiran dan pengetahuan di atas SEBELUM berupaya menjalankan kajian secara INDEPENDENT…..

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL