no comments

APA MAKSUD SISIHAN PIAWAIAN? PENTING KE NAK LAPOR?

saya mendapat 2 panggilan, satu dari UPSI dan satu dari bekas pelajar bertanyakan sisihan piawaian (sd) skala Likert mereka. Saya tidak mahu mengulas pengiraan sd sebab semuanya patut tahu, dah belajar sejak form 4 dan dalam kelas statistik. Sd secara mudahnya adalah berapa besar variasi atau penyebaran dalam skor2 anda.

Jika anda menggunakan skala Likert yang anda anggap sebagai skala interval, maka anda akan mengira min setiap item diikuti dengan sd. Katalah min 3.0 dgn sd 0.5. Ini bermakna respon bagi item tersebut tertabur sekitar min dalam julat 0.5. Ini bermakna data tertabur antara skor 2.5 hingga 3.5. Semakin besar nilai sd, semakin data anda tertabur dengan luas (lebih putus asa). Lagi besar sd, lagi menunjukkan respon soalselidik anda tidak konsisten. Dalam tesis selalunya nilai sd dilaporkan sahaja dan jarang dibincangkan dengan panjang lebar. Namun, jika nilai sd anda terlalu besar dan kelihatan meragukan, ada kemungkinan akan ditanya oleh pemeriksa… so bersedialah. Saya cuma cadangkan anda mengulas sedikit nilai sd data anda, sekali gus menunjukkan anda memahami data anda sendiri.


Selalunya nilai sd yang kecil adalah lebih baik kerana ianya menggambarkan perubahan yang agak homogen antara individu skor disekitar nilai skor min. Dalam satu ujian maths dengan markah penuh 100, skor kumpulan A = min 70, sd 5 adalah lebih baik dari skor kumpulan B = min 70, sd 15. Ini kerana skor kumpulan A tidak terlalu disperse atau tertabur dengan banyak berbanding dengan skor kumpulan B. Skor kumpulan A dikatakan lebih homogen.

Sumber : Dr.Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL