no comments

Apa Itu Thesis Statement?

Membina sorotan literatur (literature review) memerlukan satu asas yang dijadikan rujukan dan asas ini boleh diringkaskan sebagai pernyataan yang menjadi ‘thesis’ atau argumen kepada kajian anda. Pernyataan tesis ini sering  sebagai thesis statement. Apakah jawapan anda jika di tanya soalan ‘What is your research about?’. Ini adalah soalan yang sama jika ditanya ‘What is your thesis statement?’

Apa itu thesis statement? Thesis statement adalah ‘a specific argumentative declaration’ yang anda pegang bagi mewakili pendapat anda terhadap isu yang diperbahaskan dalam kajian. Contohnya, anda bercadang untuk menggunakan animasi dalam pengajaran sains kerana mendapati bahan dalam buku teks tidak menggambarkan konsep sains secara dinamik sebagaimana yang boleh dilakukan jika bahan pengajaran dalam bentuk animasi. Sukar bagi pelajar untuk mengembangkan konsep sains yang difahami kepada konsep baru yang lebih kompleks jika hanya berdasarkan penjelasan dan illustrasi statik dalam buku teks. Perubahan pemahaman dari konsep yang telah difahami kepada konsep baru disebut conceptual change (perubahan konsep).

Thesis statement dibina atas sekurang-kurangnya tiga elemen iaitu topic, debatable / arguable claim dan propose. Ketahuilah bahawa, tanpa thesis statement yang jelas, sukar untuk anda untuk memulakan kajian dan menulis sorotan literatur.

Soalan kajian yang anda bina bertujuan memperincikan objektif kajian juga perlu selari dengan thesis statement kajian anda. Thesis statement juga boleh membantu anda untuk merangka struktur atau outline sorotan literatur. Satu lagi, thesis statement mestilah jelas, spesifik dan mempunyai skop.  Thesis statement boleh menjadi kompas atau road map sebagai panduan untuk anda menjalankan kajian. Oleh itu, pastikan anda mempunyai thesis statement sebelum anda memulakan penulisan proposal dan menjalankan kajian serta menulis tesis.

Sumber : Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL