no comments

APA ITU TEKNIK TST (TANDA, SENARAI, TULIS)

Anda tidak sepatutnya menghadapi masalah kerana anda telah pun mempunyai tesis, laporan projek mahupun proposal untuk kajian anda. Kesemua manuskrip ini perli diubah dalam bentuk poin seperti fakta, idea utama, argumen mahupun contoh ke dalam bentuk penulisan artikel yang akan diterbitkan. Poin ini hendaklah seboleh mungkin dalam bentuk urutan asal manuskrip supaya kesinambunangan idea dapat dikekalkan. Anda cuma perli sesuaikan dengan format artikel yang hendak dihantar kerana tidak semua tajuk dan sub-tajuk dalam tesis mahupun projek dan proposal anda perlu ada dalam artikel.

Tiga langkah yang boleh anda lakukan sendiri diiringkaskan sebagai TST- Tanda, Senarai, Tulis. Ada beberapa perkaea yang anda perlu ambil kira apabila membuat aplikasi TST.

  • Pastikan idea tidak berulang-ulang. Apa yang telah ditulis dalam’ Pendahuluan/ Introduction’ tidak perlu diulangi lagi.
  • Fikirkan idea yang utama dan idea yang menyokong idea utama. Anda mungkin hanya perlukan idea utama, jika idea tersebut jelas dan telah mempunyai sokongan rujukan yang mengcukupi.
  • Ambil hanya beberapa kajian lepas yang terkini atau paling releven sahaja. Jika anda mengupas 10 kajian lepas dalam manuskrip asal anda, memadailah anda mengambil beberapa sahaja rujukan sumber primer daripada kajian lepas tersebut.
  • Utamakan mana-mana dapatan yang menyokong hipotesis secara signifikan, kerana artikel hanya memerlukan kepasan yang jitu. Pembaca masih boleh merujuk kepada manuskrip atau kajian asal jika masih mahu membaca keseluruhan kajian anda kerana itulah emel diperlukan dalam setiap artikel.
  • Seboleh mungkin, ringkaskan prosider, kerangka, proses, model, modul dalam bentuk grafik bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pemahaman pembaca.
  • Apapun yang anda tulis mestilah berkesinambungan (coherent) tanpa perlu memperkenalkan terminologi baru tanpa keperluan.
  • Ketika menulis bahagian metodologi, tidak perlu diperjelaskan kajian pilot atau proses mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan. Teruskan sahaja dengan nilai atau dapatan yang diperolehi.Jika jurnal yang anda ingin hantar artikel menghadkan jumlah perkataan atau muka surat, ana hanya perlu tulis reka bentuk kajian anda sahaja.
  • Di bahagian akhir artikel anda (Perbincangan, kesimpulan), laporkan sahaja dapatan dengan paling releven dan menjawab soalan kajian atau objektif kajian.

Sumber Dr Othman Talib

Dari Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL