no comments

APA ITU TARGET AND ACCESSIBLE POPULATION?

Jika saya nak buat kajian tinjauan dengan mengedarkan soal selidik tentang sesuatu perkara, macam mana nak tentukan populasi kajian – Seluruh Malaysia ke? Seluruh negeri ke? Seluruh daerah ke? Bagaimana pula dengan kajian eksperimental?

 

Sebelum saya jawab, mari berkenalan dengan beberapa istilah asas penentuan populasi dengan contoh sempoi kajian kepuasan pelanggan ASTRO.

 

TARGET POPULATION

Secara umum jika anda ingin mengkaji kepuasan pengguna ASTRO katakan, sudah pasti populasi adalah semua pengguna ASTRO di Malaysia. Ini adalah target population anda iaitu “SELURUH pengguna ASTRO yang anda berminat untuk membuat generalisasi”. Ini adalah populasi secara hypothetical, kerana tidak mungkin anda boleh mencapai semuanya. Jika anda buat kajian pada semua populasi, itu bukan research, itu dinamakan BANCI! Tentu mustahil untuk anda membanci.

 

ACCESSIBLE POPULATION

Lupakan banci. Anda bercadang untuk mengambil sample, tetapi  mana mungkin anda boleh buat persampelan dari populasi seluruh Malaysia, segenap ceruk rantau. Siapa la pula nak bantu anda buat persampelan satu Malaysia! Maka anda perlu fikirkan accessible population, atau study population iaitu subset kepada target populasi yang membenarkan anda mengambil sampel dan berupaya membuat kesimpulan dari dapatan kajian anda.

 

Anda boleh menjadikan, katakan Daerah Gombak sebagai accessible population kerana Gombak mempunyai ciri bandaraya, pinggir bandar, serta terdapat kawasan kampung juga, seperti mana ciri-ciri populasi. Ini bermakna anda boleh membuat kesimpulan dari dapatan penggunan ASTRO di Gombak dan boleh membuat generalisasi dengan pengguna ASTRO di Malaysia. Anda tidak boleh ambil kawasan Bandar Tun Hussein Onn umpamanya sebagai accessible population kerana ciri pengguna ASTRO yang homogen dan  tidak mewakili target populasi.

 

Di samping itu, tentu kajian seluruh Malaysia lebih baik dari seluruh Selangor dan lebih baik dari hanya satu daerah sahaja? Betul la tu. Oleh kerana anda seorang pelajar yang ada kekangan masa – nak balik masak, ambik anak dari sekolah, balik kampung, shopping dan ada kekangan wang – keje kerajaan ni faham-faham ler. Nampak jer bergaya tapi hujung bulan pape. Maka anda perlu rasionalkan ler sikit mengapa anda ambil satu daerah jer.

 

  • Ciri populasi Daerah Gombak sudah memadai untuk menjawab persoalan kajian anda kerana populasi Gombak boleh mewakili (representative) ciri-ciri populasi.

 

  • Bagi kajian tinjauan – Mengapa perlu ambil sampel satu Malaysia (yang mustahil dilakukan) atau seluruh Selangor (juga sukar dilaksanakan) jika sample satu daerah di Selangor yang mempunyai ciri-ciri sampel boleh memberikan dapatan yang sama juga!

 

Selain dari sample, baik dan tak baik sesuatu kajian bergantung kepada prosedur kajian dan analisis statistic yang anda gunakan. Adalah lebih baik mengambil sampel di satu daerah dengan kajian yang mantap dan analisis yang mendalam berbanding dengan kajian di satu negeri yang hanya bersifat deskriptif sahaja. Ingat! Sampel sekecil n = 30 sudah memadai untuk anda menjalankan analisis inferential seperti t-test asalkan taburan data adalah normal, seperti ciri-ciri populasi.

 

Jika anda ingin lakukan juga di sebuah negeri, sebabnya anda “TAKUT” kajian anda dipandang rendah (kononnya), maka anda boleh saja gunakan teknik persampelan kluster / kelompok bagi menjimatkan kos dan masa anda. Anda bahagikan Selangor kepada beberapa zon dan kemudian klusterkan lagi kepada daerah dan akhirnya pilih secara sampel rawak 2, 3 daerah sahaja. Cara ini pun anda boleh membuat inferens kepada target populasi. Gunakan jadual penentuan saiz sample yang ada dalam blog ini bagi menentukan saiz sampel anda. Namun, masa dan kerjanya tentu lebih rumit berbanding hanya satu daerah.

 

FOCUS GROUP

Lain halnya jika anda ada focus group, misalnya kajian tinjauan terhadap beban tugas dalam kalangan guru bahasa Inggeris seluruh Malaysia. Jadi accessible populasi anda telah pun focus kepada guru BI dan ciri guru  BI agak homogen tidak kira di mana mereka mengajar. Jadi anda boleh mengambil sample guru BI di seluruh Selangor (N = 5,000) kerana beban tugas mereka tidak banyak berbeza dengan negeri lain. Oleh kerana anda ada kekangan wang dan masa, anda mendefinisikan accessible populasi  anda kepada guru BI kawasan daerah Hulu Langat, Selangor (N = 2,000) sahaja.

 

Kajian Experimental

Bagi kajian eksperimental pula, anda memang DILARANG mengambil sample yang ramai kerana kekuatan untuk membuat generalisasi terletak kepada sejauh mana anda mampu mengawal  kumpulan eksperimen dan kawalan dengan jumlah yang kecil bagi tujuan menentukan kesan treatment. Sebab itu dalam kajian eksperimen, anda boleh mengambil sampel dari hanya satu sekolah sahaja. Apa yang anda kaji adalah kesan treatment yang anda kenakan iaitu IV terhadap sampel dan mengukur perubahan ini terhadap DV. Malah anda tidak boleh mengambil sample yang terlalu besar (seperti kajian tinjauan), anda akan sukar mengawal eksperimen anda dan akhirnya dapatan anda tercemar.  Jadi, bagi kajian eksperimental, 30 sampel bagi kumpulan eksperimen dan kawalan masing-masing adalah memadai.

 

Sebagai contoh, jika secara rawak 40 pelajar tingkatan 4 di Kajang yang terlibat dalam satu kajian eksperimental secara signifikan suka kepada satu perisian pengajaran Matematik setelah dilakukan eksperimen selama 6 minggu berbanding dengan 40 pelajar kumpulan kawalan yang hanya terdedah kepada pengajaran “talk-n-chalk”, tentu anda boleh buat generalisasi bahawa pelajar tingkatan 4 “seluruh Malaysia” juga akan sukakan perisian tersebut berbanding dengan TIDAK sukakan perisian tersebut sebab kedua-dua kumpulan yang  terlibat adalah pelajar tingkatan 4 yang sama / homogen / setara!  Paling tidak pun, perisian tersebut berpotensi untuk disukai oleh pelajar tingkatan 4 berbanding dengan yang tidak disukai. Cuma jangan buat generalisasi kepada pelajar tingkatan 3 atau 5 seluruh Malaysia atau kepada pelajar berumur 16 tahun di Singapura atau Indonesia atau Brunei sebab latar belakang akademik mereka tidak setara dengan sample kajian!

 

Oleh itu anda perlu laporkan prosedur kajian eksperimen secara terperinci (berbanding dengan kajian tinjauan) bagi meyakinkan bahawa sebarang perubahan yang signifikan dalam kajian anda adalah kesan IV terhadap DV. Jika ini dapat dilakukan, anda boleh membuat generalisasi kepada populasi. Jika anda mengkaji kesan satu treatment terhadap motivasi pelajar tingkatan 4, maka hasil dapatan anda boleh digeneralisasikan kepada semua populasi tingkatan 4 yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sample kajian anda di seluruh Malaysia.

 

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL