no comments

Apa itu skala ?

Apa itu skala ?

Sebagai pengenalan, katakan anda mengukur panjang dengan pembaris. Katakan panjang buku anda adalah 25.3 sm. Pembaris adalah instrumen atau alat ukur, 25.3 adalah nilai diukur dalam unit sentimenter. Panjang 25.3 sm ini diukur pada skala sela (interval). Jika anda mengira bilangan pelajar, seperti 200 orang, maka 200 adalah nilai yang digunakan. Dalam kes ini, anda hanya membilang pada skala nisbah (ratio).

Terdapat dua lagi skala iaitu nominal dan ordinal yang perlu difahami sebelum anda melakukan analisis statistic kerana setiap skala mempunyai analisis statistic tertentu yang boleh digunakan.

Setiap pembolehubah dalam kajian diukur bagi mendapatkan data dalam skala tertentu. Jadi dalam statistic terdapat empat skala iaitu nominal . sela ordinal dan nisbah.

Dalam kehidupan seharian, kita akan mengukur apa yang disebut sebagai pembolehubah, iaitu nilai yang berubah ubah pada individu seperti berat badan, kebolehan EQ, tahap akademik, bilangan pelajar dan bangsa. Setiap satunya mempunyai cara pengukuran yang mungkin menggunakan instrument dan skala yang berbeza.

  • Berat badan pelajar diukur dengan penimbang dalam skala nisbah seperti 52.1 kg
  • Skor IQ pelajar diukur dengan ujian IQ dalam skala sela seperti skor 80 markah
  • Tahap akademik diukur dengan soal selidik pada skala ordinal seperti 1:sijil 2 : diploma 3 : ijazah
  • Agama diukur dengan skala nominal seperti 1: islam 2 : Buddha 3: hindu 4 : kristian

Skala sela dan nisbah melibatkan pengukuran secara langsung (samada menggunakan instrument atau membilang) terhadap sesuatu pembolehubah yang menghasilkan data yang mempunyai sesuatu angka yang bermakna. Skala sela dan nisbah menghasilkan data yang disebut data numerical. Skala ordinal dan nominal melibatkan pengukuran yang meghasilkan sesuatu angka yang hanya mewakili sesuatu kategori maka disebut sebagai data kategori.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL