no comments

Apa itu Reference Manager ?

Reference Manager adalah perisian yang dikenali sebagai Citation Manager atau Bibliographic Manager Software. Ini bermakna Reference Manager adalah perisian yang fungsi utamanya ialah mengurus petikan dengan nama pengarang dan menyediakan senarai rujukan dari pelbagai sumber seperti buku, bab dalam buku, artikel jurnal dan petikan daripada sumber Internet.

  Aplikasi Reference Manager sangat berguna kerana dapat menjadi sebahagian daripada aplikasi dalam perisian pemprosesan perkataan seperti MS Word dalam penulisan tesis.

Prinsip Reference Manager ?
  1. cuma perlu masukkan butiran rujukan sebagai rekod buat pertama kali ke dalam Reference Manager, dan sumber ini boleh digunakan berulang kali dalam penulisan ilmiah mengikut stail format yang telah dipilih.
  2. menjana penulisan petikan dengan nama pengarang dalam perenggan dan juga menjana senarai rujukan.
  3. Rujukan yang telah direkodkan akan disimpan menjadi pangkalan data dalam simpanan komputer peribadi anda.
keupayaan Reference Manager membantu dalam penulisan tesis.
  • Aigaion
  • Bebop
  • BibDesk
  • Bibus
  • Biblioscape
  • Bookends
  • Citavi
  • Connotea
  • CiteULike
  • Qiqqa
  • Mendeley
  • Papers
  • EndNote
  • JabRef
  • Reference
  Reference Manager juga berupaya mencari dan mengimport rujukan daripada pangkalan data seperti Web of Knowledge, American Psychological Association, ERIC, Medline, ataupun terus daripada penerbit seperti Wiley, Elsevier, IEEE, Emerald dan juga daripada hasil carian enjin pencari seperti Google Scholar.
Ini menjadikan Reference Manager bukan sahaja perisian persendirian, tetapi juga perisian yang membolehkan penyelidik berkolaborasi sesama sendiri.
KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL