no comments

APA ITU PILOT ARTICLE?

Saya baru balik dari mengendalikan bengkel di UKM. Walaupun penat, kerja menulis tak pernah terhalang. Saya sedar bahawa kesukaran mendapatkan teori untuk kajian telah menjadi sesuatu yang lazim di awal kajian.

Dalam entry saya yang awal saya cadangkan pembacaan artikel. Cari beberapa pilot article dalam journal mainstream, iaitu artikel yang PALING relevan dan terkini berkaitan bidang kajian anda yang mengandungi research gap yang relevan dengan minat anda. Pilot artikel ini ibarat kompas bila anda berada dalam hutan, sebab dengan pilot artikel, anda dapat mengelakkan diri anda dari sesat dan teraba-raba serta bertukar-tukar haluan dalam hutan.

Ramai pelajar tidak tahu mencari pilot artikel yang berkaitan dengan bidang kajian, malah tak tahu pun jurnal-jurnal yang relevan. Ini tugas anda untuk bertanya kepada SV anda. Ketahuilah, terdapat  artikel-artikel yang mengupas teori yang berkaitan dengan kajian anda dengan baik jika anda meneroka journal yang relevan.

Sebab itulah early literature search sangat penting. Saya sendiri mendapat banyak teori semasa mencarinya dalam jurnal, dan paling penting, saya boleh snowball rujukan lain selepas itu! Mari kita simulasikan situasi ini, sebab saya tak mahu cakap tak serupa bikin.

Saya dalam bidang Sains Pendidikan. Katakan saya nak cari satu teori yang current, berkaitan dengan animasi. Saya cuba selongkar artikel-artikel dalam dua journal mainstream dalam bidang saya iaitu Science Education dan Journal of Research in Science Teaching.

Saya tak memerlukan masa yang lama untuk menjumpai beberapa artikel di bawah Science Education berkaitan Cognitive Load Theory dan aplikasinya dalam pembinaan animasi terbitan tahun 2006. Saya juga menjumpai satu artikel tahun 2010! Apa lagi, di bahagian reference pulak terdapat banyak references lain. Wow, wow untuk saya snowballing, phew. Tak main snowball kat overseas pun tak kisah asal dapat snowball mencari artikel, berdesut meluncur laju mendapatkan artikel-artikel lain. Inilah langkah-langkah yang telah saya ambil.

Jika anda dapatkan artikel sebegini, maka lajulah penulisan LR anda. Jadi jangan duduk dan mengenang kesusahan anda, pergi ke library. Bukan di IPTA anda sahaja, malah ada 15 IPTA di Malaysia sekarang. Malah anda boleh search dengan mudah secara online dari bilik tidur anda! Apabila sudah ada bahan-bahan sebegini, meluncur lajulah anda menyediakan proposal, setelah anda menetapkan gap kajian anda, bukannya tajuk.

Tanpa pilot artikel, bimbang anda gunakan teori yang tidak tepat untuk kajian anda, atau sesat dan akhirnya kepenatan untuk mencari jalan pulang.

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL