no comments

Apa itu Kajian Lepas (Literature review) & Teori ??

Apabila menulis Kajian Lepas (Literature Review), bahagikan ia kepada beberapa subtopik

Yang mengandungi :

  1. Teori / Kerangka konsep (Conceptual framework)
  2. Penemuan lepas yang sama dan berkaitan dengan tajuk kajian/soalan kajian/ masalah kajian
  3. Cara mengambil data dan analisis

Susun artikel di dalam Kajian Lepas berdasarkan kepada tajuk dan metod kajian.

(ada artikel yang boleh masuk dalam lebih daripada 1 subtopik)

Contoh material yang boleh dimasukkan :

  1. Tajuk Metod   3. Konsep/teori   4. Strategi mengutip data  5. Teknik Analisis

Kajian lepas

Slide presentation 1

Buat kesimpulan dan kritik berkenaan kajian lepas yang telah kita susun mengikut subtopik.

Kemudiannya apabila kita menulis  di dalam bahagian penemuan dan perbincangan, lihat semula kepada bahagian kajian lepas ini,

sekiranya kita menemui sesuatu yang sama atau berbeza pada kajian kita, jika dibandingkan dengan kajian lepas, beri ulasan padanya.

Kenapa Kajian Lepas Penting ?

Kajian Lepas bertindak sebagai ‘guru’ dan membimbing kita sepanjang kajian dijalankan tentang beberapa perkara :

  • Apa soalan yang perlu ditanya
  • Apa konsep//teori yang digunakan untuk membina kerangka kepada soalan-soalan kita
  • Bagaimana mengumpul dan menganalisis data
  • Bagaimana hendak menulis hasil kajian

Nota sampingan

  • Buku akademik,suratkhabar dan majalah tidak sesuai digunakan sebagai rujukan apabila menulis dalam kajian lepas.

(Hanya boleh digunakan dalam Bab 1 untuk menerangkan serba sedikit tentang kajian yang ingin dilakukan.)

Teori

Adalah satu cara untuk kita menerangkan dan memahami tentang dunia sekeliling kita

Saintifik teori ialah teori yang telah di buat berdasarkan kajian atau pembelajaran khusus secara mendalam.

teori

Teori …

Teori membantu kita dalam menyusun konsep,hypothesis,soalan,penemuan dan konklusi kepada perbincangan atau penerangan yang lebih sistematik, jelas dan mudah difahami.

Mulakan dengan satu teori dahulu, bukan seperti kebiasaannya menggabungkan banyak teori sekaligus.

Dan kemudiannya menambah teori yang lain untuk membantu menerangkan sebahagian daripada kerja-kerja kita.

Teori vs kerangka konsep (Conceptual framework)

Teori rasmi

  • Ialah hasil daripada banyak penemuan kepada kajian—kajian yang dibuat sebelumnya.
  • Kadangkala teori datang dari beberapa kerangka konsep
  • Penerangan umum tentang sesuatu fenomena yang berkaitan.

Kerangka Konsep

  • ‘Teori’ yang masih dalam pembikinan
  • Pelbagai kerangka Konsep yang mempunyai persamaan boleh digabung untuk membentuk teori

‘Semua teori ialah berdasarkan kepada sesuatu anggapan/kepercayaan tentang fenomena dunia.’

Bagaimana ‘memilih’ teori untuk kajian kita

  1. Mulakan dengan satu Teori

( Yang popular, sering digunakan dan diambil sebagai rujukan kajian lain)

  1. Banyakkan membaca, membaca & membaca :
  • Buku teks yang berkaitan dengan teori pilihan
  • Kajian klasik/terdahulu yang mengembangkan/membentuk teori pilihan

(Kebiasaannya ialah perkembangan kajian daripada teori asal : boleh di cari dalam sumber rujukan teks bacaan kita berkenaan teori asal )

  • Kerja-kerja yang dihasilkan oleh Cendekiawan ternama yang membantu dalam membentuk teori pilihan.
Teori

Teori dari mana ya??

Bagaimana Menggunakan ‘teori’

  1. Dalam Bab 1

Gunakan teori sebagai pembimbing untuk membina Masalah kajian (Research Problem)

  1. Dalam Bab 2

Sebagai kerangka untuk membincangkan berkenaan Masalah kajian

  1. Dalam Bab 3 (Metod kajian)

Lihat dan semak metod yang biasa digunakan dalam pembentukan teori

  1. Dalam Bab 4 (Penemuan) & Bab 5 (Perbincangan & Konklusi)

Kaitkan penemuan kita dengan teori asal (dan juga kajian terdahulu)

  1. Dalam Bab 5

Bincangkan bagaimana kajian kita membantu dalam teori asal.

  • Menyokong teori
  • Membina & mengembangkan teori
  • Membina kerangka konsep yang baru (model,konsep,isu)
literature review

Conclusion

Dari Pengucapan Dr. Amira Sariyati Binti Firdaus

SUMBER: zlhelmy.wordpress.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL