no comments

ANTARA PERKARA SEBELUM TENTUKAN TAJUK KAJIAN

PERKARA SEBELUM TENTUKAN TAJUK KAJIAN

Membuat kajian bukan untuk mencari tajuk. Membuat kajian adalah untuk menyelesaikan masalah dan gap yang ada dalam kajian terdahulu. Jadi fokuskan pencarian anda kepada masalah yang anda ada pengetahuan mengenainya dan kemudian akan muncullah tajuk kajian anda

Sebelum kita putuskan sebarang tajuk kajian, kita boleh lakukan perkara berikut:

  1. Kita pastikan ada beberapa artikel tempatan, bagi mendapatkan konteks kajian di Malaysia.
  2. Kita boleh mendapatkan beberapa tesis dalam bidang yang sama
  3. kita boleh teliti research gap,theory, methodology, sampling frame yang digunakan supaya sesuai dengan “citarasa” kita. Method kajian bukanlah satu isu, tambahan ada perisian SPSS dan NVivo misalnya yang boleh dipelajari dari bengkel-bengkel.
  4. Setelah membaca dan memahami artikel dan tesis tersebut, Kita boleh fikirkan kesesuaiannya untuk mengisi research gap yang bersesuaian dengan minat saya. Gap ini diperolehi dari cadangan isu dan cadangan future research dalam artikel yang saya baca.
  5. Setelah mendapat gap yang mantap, Kita boleh bina Research Framework menggunakan templat RFOT. Kita boleh berbincang dengan dengan Supervisor.
  6. Barulah kita boleh cadangkan kepada Supervisor.
  7. Kita boleh jelaskan keseluruhan kajian kita berdasarkan RFOT kerana research is about filling the gap, Not about finding the title.

Sumber Dr Othman talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL