no comments

ANDA WAJIB ADA DROPBOX BUKAN THUMB DRIVE!

Saya memang curious bila ada kawan-kawan saya di Adelaide tempoh hari berkata, dah cuba Dropbox? Saya mula-mula buat tak kisah, sebab sibuk dengan kerja-kerja lain. Hari ini saya mula membaca sejarah Dropbox. Ia adalah perisian terkini yang dibangunkan oleh seorang pelajar MIT yang selalu tertinggal thumb drive dan sering membuat kerja dalam 2, 3 komputer.

 

Emmm, saya pun macam itu juga, ada 3 komputer dan selalu tertinggal thumb drive. Bila saya buat kerja di desktop, saya pun send kepada email sendiri, supaya balik rumah boleh buka email dan teruskan kerja dengan netbook di rumah pula.

 

Inilah routine saya. Anda bagaimana?

 

Hari ini saya installed Dropbox (DB) dalam kedua-dua komputer saya notebook dan desktop, di www.dropbox.com. Tahu apa berlaku?

Saya kini tak perlu buka email, hantar atau simpan dalam thumb drive (ini berita buruk bagi pengeluar thumb drive). Saya cuma perlu ada DB sahaja!

 

Saya masukkan satu folder buku saya (20 files) dari hard disk saya hanya dengan drag and drop sahaja ke dalam DB komputer notebook saya dan fail tersebut tetiba jer ada dalam Dropbox komputer desktop saya. Wow, fantastic! Kedua-duanya terhubung secara automatic online (melalui address email dan password yang saya telah daftarkan sebelumnya). Bila saya delete salah satu fail tersebut dalam desktop saya, fail yang sama juga terdelete dalam notebook saya, seolah-olah saya hanya ada satu komputer yang saya bawa ke mana-mana! Tetapi file asal dalam hard disk tetap ada.

 

Tetiba jer saya kena pergi obersi, tak bawa komputer dan saya nak buka file dalam DB saya di public computer di hotel. Abis camnor?

 

Pergi sahaja ke webpage www.dropbox.com dan log in guna email dan password. Jeng jeng jeng. File semua dah ada terbentang di depan mata. Fuhhh!

 

Dropbox sangat sesuai jika anda sedang menulis katakan buku / tesis, supaya anda boleh tulis dari file terkini di mana sahaja, tanpa perlu save di thumb drive atau send to email. Bukan itu sahaja, file tersebut juga boleh dikongsi dengan DB kawan-kawan dengan membuat link atau dengan kawan-kawan yang tiada DB dengan link public.

 

Anda akan dapat storage free 2GB. Rasanya cukuplah jika sekadar tesis dan file PDF atau document anda. Malah anda boleh simpan ratusan (jika bukan ribuan) gambar. Walaupun thumb drive dah tak mahal sangat, tapi jika rosak dan hilang, itulah harga yang mahal perlu kita bayar.

 

Ini hanya cadangan saya. Jika anda memang sejak dulu dah terbiasa membawa thumb drive itu dan ini, dan malas nak ubah-ubah cara kerja anda, teruskan jer lah.

 

Jika satu komputer anda hilang, rosak dan sebagainya, anda masih ada backup dalam Dropbox komputer yang satu lagi. Jika dua-dua hilang, file anda ada di website DB. Sebab tu dipanggil “send to cloud“.

 

Saya juga delete satu file dalam DB, dan record tersebut disimpan dalam webpage DB. Ini bermakna saya boleh recover file tersebut melalui webpage DB, dan file tersebut muncul dalam kedua-dua komputer saya. Cayalah!

 

Secara ringkasnya saya syorkan anda install DB dan simpan latest file tesis anda. Oleh kerana DB secara automatik menjadi salah satu storage dalam komputer anda, senang anda nak lihat, berbanding jika anda simpan dalam email anda.

Isu confidentiality adalah isu utama yang ditangani oleh DB. Namun saya berpendapat, bukan DB sahaja, aplikasi lain tak terkecuali, email juga begitu.

 

Saya ambil jalan mudah. Ada beribu juta file yang terapung dalam DB, dan tesis anda adalah satu daripadanya. Bilangan ini meningkat setiap saat. Dari segi confidentiality, tesis bukanlah suatu yang perlu dibimbangkan. Manfaatkan apa sahaja kemahiran dan perisian yang memudahkan anda menyiapkan tesis.

 

Sumber : Dr. Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL