no comments

ANDA FIKIRLAH SENDIRI !

Semasa saya menulis tajuk stail supervision, saya hanya menambah stail ke-8 iaitu stail “Anda fikirkanlah sendiri”. Saya taklah menjangka ada SV yang mempunyai stail supervision tersebut, jika ada pun tentunya isolated case. Namun, saya telah email. Confirmed ada SV yang memang begitu.

“Salam. Saya baca artikel Dr. berkaitan stail SV. SV saya stail ke-8. “Untungnya” saya diberi peluang bentang proposal. SV saya hanya semak pembetulan 2 huruf sahaja, tiada sebarang komen tentang objektif, persoalan kajian, pernyataan masalah. Dia seolah-olah mengharapkan penilai-penilai yang akan menyemak proposal saya.

Sebelum bentang proposal, saya ada minta cadangan beberapa pensyarah lain yang ada pengalaman dengan kajian yang saya nak buat. Saya bagitau cadangan dan pandangan pensyarah tu pada SV. Dia kata saya supervisee dia dan ikut aje cakap dia.

Memanglah saya dah lulus proposal tapi dengan “major correction“. Saya jadi bingung. Dia keep on saying, dah lulus proposal kira dah OKlah tu.

Saya sekadar ingin share pengalaman yang membingungkan dan kadang-kadang menyedihkan dan boleh buat hilang semangat”

Emmm, saya tak der komen. Sekadar memaklumkan bahawa andalah yang menjadi key player dalam research anda sendiri, tak kira style bagaimanapun SV anda. Inilah nature menjadi calon PhD / Master. Jangan rasa terkilan atau kecewa. Moga anda lebih cepat matang sama ada dengan minimal supervision ataupun dengan stail-stail yang lain.

Saya menulis bagi menyedarkan pembaca terutama calon-calon baru yang akan mendaftar bahawa terdapatnya pelbagai style supervision dan ada kemungkinan stail-stail ini tidak akan menyebelahi expectation anda. So bersedialah dan cari ruang perbincangan yang lain sebelum berjumpa dengan SV anda. Hadiri kelas, bengkel dan diskusi seperti Doctorate Support Group di Facebook, supaya anda TIDAK HILANG SEMANGAT malah sentiasa bersemangat!

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL