no comments

Anda Baru Dalam Dunia PG? 5 Tips Pembukaan Langkah!

Anda Baru Dalam Dunia PG? 5 Tips Pembukaan Langkah!

Pertama: Kaji tesis terdahulu Jika anda baru dalam dunia PG…. ketahuilah, apa yang ada dalam kepala anda tidak penting. Apa yang penting adalah apa yang anda tulis dlm tesis anda. Tesis adalah segala2nya dalam dunia PhD. Maka eloklah yang masih baru, meminjam 3, 4 thesis dalam bidang kajian yang sama dgn anda…. berkenalan dgn format, heading-heading utama, cara menulis in-text citation, direct quotation, jadual, rajah, mendapatkan feel terlebih dahulu. Elakkan kesalahan bodoh (silly mistakes)… takut penulisnya juga dianggap tak brapa nak cerdik. Teliti juga cara penulisan LR dan bagaimana ayat2 disintesis. Luangkan masa, 2, 3 hari membaca sambil meneliti semua aspek tersebut, supaya kurangkan kesilapan ketika mula menulis.

Kedua: The sense of urgency  Sebagai calon master / PhD, wpun baru 1st semester… anda perlu ada perasaan “the sense of urgency” bukan “ the sense of last minute”. Perasaan the sense of urgency akan menyebabkan anda merasa sgt bergantung kpd keperluan menyiapkan tesis dgn cepat…. sementara the sense of last minute cuba memberikan anda justifikasi…. lambat2 pun siap juga…. macam orang lain. Percayalah…anda tak layak membuat thesis jika ada tak ada perasaan the sense of urgency ini… sebab PhD tak sesuai utk mereka yang kaki lengah, atau kaki tergedik2 tapi kerja tak jadik.

Ketiga: Kena berlagak!  Bila anda dapat sikit jer pengetahuan baru atau bila dah buat progress spt berjaya kumpulkan journal dll…. kena menunjuk2…. dengan tujuan baik. Masukkan dalam fesbuk dan beritahu kawan2 anda yang anda telahpun dapat buat sekian2 sebagai satu trick anda memaksa diri anda meningkatkan apa yang anda dah capai. Bila dah capai sasaran… war2 lagi sasaran baru….. biar sentiasa ada pressure utk anda sendiri mcapai sasaran baru sbb dah diwar2kan… org kampung semua dah tahu…. itu motifnya…… dan biar kawan2 anda terlopong kehairanan melihat cepatnya progress anda, dan dalam masa yang sama envy utk meniru anda!

Keempat: Jatuh cinta buat kedua kali Buat PhD kena jatuh cinta dgn dunia research. Apa rasa bila jatuh cinta? Katalah anda nak baca 10 pages buku statistics Andy Field untuk fahamkan multiple regression, setakat 10 pages tu macam terasa baca 1 page jer…. malah masa 2 jam memahaminya spt 2 minit ! Tak sabar2 lagi nak tahu bab2 yang lain pulak… macam benci tapi rindu ! Itu baru bercinta… soo sweet ! Kalau 2 minit terasa 2 jam… itu benci sebenci2nya ! Menguap jerlah kerja kau wpun baru bangun tido !

Kelima: Blok masa / hari Blok masa yang mencukupi utk baca dan tulis. Saya cadangkan anda luangkan masa contohnya satu hari 6 jam straight dgn bbrp break sekejap… (bolehlah jeling fesbuk kejap) membaca dan menulis bukannya 1, 2 jam utk 3,4 hari. Katakan anda sibuk…. maka selesaikan urusan anda dahulu, katakan Isnin sampai Rabu. So pastikan hari khamis dan Jumaat anda benar2 free utk berada di library atau dimana sahaja yang conducive untuk 6 jam. Tidor awal, pastikan anda ceria dan bersemangat. Anda boleh gunakan 2 jam tersebut utk mengumpul articles sahaja… then 4 jam lagi sediakan OTMF dari abstrak yang dibaca…. Ini bagi memastikan anda dapat satu kuantiti penulisan yang komprehensif dan flow…. berbanding 1, 2 jam x 3 kali, yang terencat2…kadang kurang produktif tapi jk anda memang free sokmo sebab full time student….buatlah hari2…. anda akan lebih mudah mengaitkan idea2 yang anda baca. Cubalah….sebab apa yang aku tulis adalah sebahagian pengalaman aku sendiri…

Sumber : Blog Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL