no comments

Analisis Pengesahan Faktor (CFA) Konstruk Aras Kedua

Analisis Pengesahan Faktor (CFA) untuk konstruk aras kedua (second order construct) adalah bertujuang untuk mengesahkan bahawa konstruk tersebut perlu diukur menggunakan beberapa sub-konstruk tertentu di mana setiap sub-konstruk itu pula diukur menggunakan beberapa item. Konstruk aras kedua terjadi apabila Analisis Penerokaan Faktor (EFA) menghasilkan beberapa komponen dan setiap komponen mengandungi beberapa item. Di sini , konstruk utama telah menjadi konstruk aras kedua manakala komponen-komponen yang terhasil menjadi sub konstruk.

Penyelidik perlu membuat analisis penerokaan faktor(EFA) semula untuk instrumen yang diadaptasi dan diubahsuai (adapted and modified) dari kajian terdahulu jika terdapat perubahan ketara dalam ciri-ciri populasi semasa berbanding dengan populasi terdahulu di mana konstruk aras kedua itu diterokai dan disahkan. Antara contoh perubhan ketara ciri-ciri populasi ialah :

i. Jangkamasa yang panjang : antara dua kajian tersebut di mana status sosio-ekonomi telah berubah dengan ketara. Contohnya tahap pendapatan, tahap pendidikan dan status pekerjaan responden telah yang jauh berbeza/

ii. Budaya yang berbeza dalam populasi semasa berbanding dengan populasi di mana instrumen tersebut mula dibina dan disahkan. Mungkin penyelidik perlu menambah beberapa item baru kepada instrumen asal atau membuang beberapa item asal yang tidak sesuai untuk populasi baru yang hendek dikaji.

iii. Industri yang berlainan : Anatra kajian semasa berbanding dengan industri kajian terdahulu dimana instrumen tersebut dibina. Sebagai contoh – kajian terdahulu telah dibuat dalam indsutri pelancongan ( tourism) di mana instrumen telah dibina manakala kajian semasa ingin dibuat dalam industri pendidikan(education). Oleh itu instrumen asal perlu diubahsuai dan ditambah beberapa item yang difikirkan perlu untuk industri semasa.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL