Alasan Anda Berhenti Kerja
Di tempat kerja saya sendiri pun hampir setiap bulan ada sahaja yang berhenti kerja untuk plan hidup seterusnya.
Itulah kehidupan bekerjaya, ada yang datang dan pergi. Masing-masing punya perancangan yang teliti dengan hidup mereka, jangan dipersalahkan atau dipandang serong.
Fenomena kini pun sangat membimbangkan majikan-majikan di Malaysia apabila fenomena graduan universiti yang semakin kurang mencari kerja tetapi semakin ramai pula pekerja mahirnya mula berhenti kerja!
Satu realiti kebangkitan bangsa Melayu dalam memperkukuhkan ekonomi dengan mula bekerja sendiri atau menggunakan kemahiran tersebut pada bidang yang selayaknya. Jom tengok 7 alasan KUKUH untuk anda pertimbangkan untuk mula menulis surat resign anda sendiri.
Maksudnya jika boleh, tentu anda tak ada ‘hati’ nak berada di sana. Mungkin anda hanya bertahan hanya demi sebuah pekerjaan?
Tapi untuk apa menyeksa diri dan menghabiskan hidup di tempat yang anda kurang minat melaburkan hari anda di sana sedangkan orang lain dapat menikmati pekerjaan mereka?
Bahkan walaupun pekerjaan itu berat dan melelahkan, anda masih juga selesa di pejabat. Namun jika anda mulai rasa terpaksa dan mungkin juga benci dalam menyelesaikan tugas hingga mencari alasan untuk tak datang kerja, untuk apa diteruskan lagi?
Sangat baik jika anda dapat pupuk sifat suka dalam pekerjaan anda setelah anda graduate dari IPT tetapi jangan lama-lama. Selepas 2-3 tahun, mulalah cari kerjaya yang anda sukai. Bila anda sukai kerja anda, passion anda juga tinggi!
Tekanan kerjaya adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Betulkan?!
Apabila akhir-akhir ini anda sering mengalami stress hingga mengalami kemurungan (depression), itu tandanya anda sudah bosan dengan pekerjaan yang dilakukan.
Hanya ada 2 pilihan sahaja, bercuti pendek (melancong) atau bercuti panjang (berhenti), anda pilih mana yang sesuai dengan diri anda.
Ramai yang memandang ringan kesan stress ini walaupun mereka tahu ia sangat berbahaya hingga dikategorikan sebagai punca hampir kebanyakan penyakit kronik di dunia.
Stress mampu mengganggu kesihatan anda. Insomnia, nafsu makan bertambah atau semakin menurun, cepat emosi dan daya tahan tubuh terhadap penyakit pun menurun.
Jangan biarkan ini terus terjadi karena kesannya sangat besar pada kesihatan dan kehidupan sosial anda.
Bangkitlah dan cari pekerjaan baru yang sesuai dengan keinginan anda!
Ini golongan workaholic yang hidup matinya hanya semata-mata untuk siapkan kerja.
Pekerja yang cemerlang adalah pekerja yang tahu menyeimbangkan antara hidup dan kerjaya.
Kerjaya yang hebat tidak menentukan kebahagiaan anda. Tapi kerjaya yang berkat pasti membahagiakan anda!
Kan Nabi SAW sudah lama bersabda,“Dan bagi setiap sesuatu itu ada haknya. Maka berilah hak tersebut kepada yang berhak menerimanya”.
Hadis ini adalah teguran kepada seorang 3 orang sahabat yang ingin berterusan beribadat kepada Allah hingga tanpa sedar telah mengabaikan hak orang lain dalam hidup mereka.
Malangnya kita jika mendapat kerja seperti ini. Sudahlah dipergunakan untuk membuat 40 kerja dalam satu posisi jawatan yang lain, malahan anda juga tidak dihargai.
Jika setelah bertahun-tahun kerja tetapi masih dipinggirkan untuk dinaikkan pangkat walaupun segala macam jenis kerja telah anda lakukan, maka mungkin masanya untuk anda sudah tidak membazirkan masa di sana.
Pergilah ke tempat lain yang lebih menghargai anda dan kelulusan atau kemahiran yang anda ada. Jangan menyesal untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik.
Walaupun anda membawa diri ke tempat lain dengan ‘tersentap’ hati tapi buktikan semula bahawa bekas majikan akan akan tersentap juga setelah ketiadaan anda.
Saya sering berjumpa dengan rakan-rakan yang tidak gembira dengan kerjaya yang disandang sekarang. Hampir setiap kali berjumpa, asyik merungut jer.
Di mana-mana je pasti cerita tentang masalah pejabat, maka penyakit ‘trauma’ pekerjaan ini hanya boleh dihilangkan dengan pekerjaan baru.
Kebanyakan yang merungut adalah tentang lambakan kerja dengan hasil gaji yang tidak lumayan atau bersesuaian dengan pekerjaan.
Adalah sangat zalim jika majikan terus memberi gaji kepada para pekerja mengikut kelulusan mereka sedangkan dunia Barat telah lama membayar gaji mengikut prestasi kerja yang ditunjukkan oleh pekerja mereka.