no comments

Akhirnya Saya Faham Kenapa Pelajar Korea Suka ‘Extend’ Tempoh Belajar

Kina nak cerita sesuatu yang menarik tentang student Korean. Kebanyakan student korean yang Kina kenal, boleh dikatakan semuanya taknak graduate awal, semua nak extend Masters diaorang.

Sebab bagi diaorang lagi lama extend lagi banyak diaorang dapat belajar. Semuanya sambung Masters sebab diorang memang betul-betul minat untuk belajar dan bukannya sebab kejar sijil semata-mata.

Contohnya seperti kawan lelaki Kina yang dalam gambar ini merupakan student paling cemerlang di department ini.

12916798_10207887126790387_2181135118936879804_o

Dia hari-hari tidur di studio siap dah buat studio macam rumah sendiri sedangkan rumah dia setengah jam sahaja dari Uni, and he frequently join exhibitions & won several painting competitions sampai mencecah ribuan ringgit. Lukisan banyak gila mungkin ada 40-50keping dlm masa 2 tahun.

Tapi bila Kina tanya dia, bila nak start thesis? Bila plan utk solo exhibition? (Solo exhibition tu syarat utk kami grad selain thesis) Dia jawab i dont know yet, maybe next year. Kina trkejut gila ‘but you already have so much paintings! You can do solo anytime’, and he said, ‘I want to join this-and-that-exhibition this year, so I can’t do solo yet, I will do new paintings for my solo’.

Ramai lagi colleague Kina yang matured students umur 30-50yrs old, sampai sekarang masih belajar dan bagi diaorang itu sesuatu yang normal. Prof Kina sendiri cerita dia buat Phd kat India sampai 10 tahun baru dia balik.

12933029_10207879507119900_5074512565829197864_n

Berbeza dengan pemikiran kita di Malaysia, semuanya berlumba-lumba untuk dapatkan sijil right on time atau dianggap lebih hebat kalau dapat complete belajar lebih awal dari jangkaan masa (tak dinafikan mmg hebat pun). Tapi kalau extend semester dianggap student tu kurang pandai / malas belajar / failed subjects. Kalau kena buat sesuatu project and if we can’t complete it in time given, jadinya ramai student yang akan buat kerja cincai asal siap, asal pass, asalkan dapat sijil. Instead of extending the time to produce better quality of work, and eventually gaining better knowledge.

Jadi kepada adik-adik dan kawan-kawan yang masih belajar, tak perlu rasa bersalah atau malu kalau nak extend semester awak, sebab ingat lah, dekat Korea ramai student yang purposely taknak grad on time sebab bagi diaorang kalau extend lagi banyak ilmu yang diorang dapat belajar.

Kina juga ada jelaskan dengan lebih lanjut tentang mengapa Pelajar Korea suka extend tempoh belajar dan bagaimana mereka atasi masalah kewangan untuk belajar di sini. 

By- Sakinah Omar.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL