no comments

ADAKAH TESIS SATU YANG MENYEKSAKAN?

Thesis yang menyeksa pelajar? Mungkin juga, tapi bila didapati majoriti pelajar yang buat thesis berasa begitu tension dan tertekan untuk menyiapkan penulisan thesis mereka, tajuk ini dapat mengambarkan situasi tersebut.

Menulis thesis adalah satu pengalaman baru. Anda cendurung terikut-ikut dengan cara orang lain yang diwarisi secara tidak rasmi dari bekas calon PhD, yang kemudiannya mungkin menajadi SV anda menurunkannya pada anda dan seterusnya anda menurunkannya kepada generasi baru. Jadi ikut-ikutan ini seperti berterusan, sehingga menyakinkan anda bahawa menulis thesis adalah sesuatu yang menyeksakan! Ini semua satu tradisi.

Ada kalanya anda terseksa kerana kealpaan anda sendiri, tetapi saya percaya, ada sesuatu yang selama ini tidak disedari, sekurang-kurangnya dari sudut pandangan saya.

Jadi buat thesis ini sepatutnya relax ker?

Taklah rilex, nak rilex jangan buat thesis, lebih baik buat tak tahu jer.

Sebab itulah saya cuba memberi satu persepsi yang berbeza bahawa bukanlah sukar untuk menyiapkan proposal dan menulis thesis sebab hampir SEMUANYA TELAH TERSEDIA di hadapan anda – artikel online, buku, Facebook, email, handphone, article PDF, Wikipedia dan lain-lain. Berbanding dengan zaman saya dahulu, jadi sepatutnya menulis thesis semakin mudah, secara relatif berbanding 10 tahun lepas. Ini tak, asyik susah berpanjangan jer.

Jika saya mendapat mandate, saya akan ubah cara membuat thesis yang selama ini membuatkan pelajar tertekan secara tak langsung. Ini pendapat saya, mungkin semua tak setuju, termasuklah pakar-pakar, tetapi saya percaya pendapat tidak salah dikemukakan.

Saya berpendapat, tesis perlu dimulakan dengan SOROTAN LITERATUR terlebih dahulu sebagai Bab 1, dengan memperkenalkan gap kajian dan teori yang melingkarinya. Then barulah Bab 2 iaitu permasalahan kajian, objektif, persoalan. Menulis SOROTAN LITERATUR terlebih dahulu akan membuka minda akan keseluruhan aspek yang ingin dikaji supaya pelajar dapat mengemukakan gap dalam persoalan kajian secara mantap dan seterusnya menjustifikasikan RQ dengan analisis data.

Sebab itulah pada hemat saya yang kecil lagi kerdil ini bahawa pelajar Mater/PhD sentiasa gelisah dan resah, tak tahu apa nak tulis, hilang punca dan tertekan jiwa dan raga serta teraba-raba dalam terang kerana mereka tidak menguasai secara komprehensif apa yang ingin dikaji tetapi telah diminta menulis objektif, permasalahan kajian, serta persoalan kajian atau hipotesis secara spesifik serta signifikan kajian. Mana mungkin pelajar dapat merangka semua ini jika tidak mantap pengetahuan LR mereka.

Bayangkan, menulis hipotesis yang detail tu perlukan kejelasan idea, penguasaan IV dan DV, serta kerangka teori dan konsepsi dan pemahaman analisis data, bukannya menulis sambil meraba-raba, tak tahu apa yang bakal menjelma! Mana mungkin mereka tidak merasa tertekan, lebih-lebih lagi bila disergah SV, khus semangat!

Dengan alasan yang sama juga, saya telah cuba membantu sedikit peserta bengkel melampaui tekanan ini dengan berkongsi dengan berkongsi idea penyediaan Zero Draft dan Document Map sebagai persiapan penulisan thesis secara komprehensif, merentasi Bab 1, 2 dan 3 sekaligus. Mudah-mudahan anda terus berusaha, menulis dengan yakin tanpa rasa takut dan tertekan. AMIN !

Sumber : Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL