no comments

Adakah Draft Thesis Perlu Sempurna?

Saya nak menulis sikit pasal 2 saranan yang saya baca supaya….

Pertama: Jangan hantar draft selagi tidak sempurna.

Research bukan bermatlamatkan kesempurnaan. Research hanya satu usaha untuk mendapatkan jawapan yang boleh menjelaskan part and partial sesuatu fenomena atau penyelesaian masalah mengikut prosidur pengumpulan dan analisis data yang bersesuaian. Ini menjelaskan mengapa research dilakukan berulang kali dalam topic yang sama tetapi dengan beberapa modifikasi.

Tiada research yang sempurna, begitu juga penulisan thesis…. Lebih-lebih lagi diperingkat Postgraduate. Tidak percaya bagilah mana-mana tesis minor / major correction yang telah di”sempurna”kan lalu kemudiannya diberikan pula kepada penilai yang lain…. anda akan dapati wujud lagi kekurangan di sana sini… malah berbalah sesama panel akan sesuatu aspek dalam thesis adalah suatu lumrah malah acap terjadi dan sesuatu yang normal – jadi milik siapakah kesempurnaan itu?

Kesempurnaan tidak wujud bukan sahaja pada draf. Questionnaire pun tidak sempurna. Setiap satu item dalam questionnaire mempunyai error…. Begitu juga dengan analisis data yang semuanya berasaskan estimation, bukan perfection. Pemilihan sample yang walaupun random tetapi masih mengikut probability… apatah lagi yang bukan random dengan kewujudan extraneous yang tidak boleh dikawal?

Tugas Postgraduate adalah untuk menyediakan draft yang lengkap dari segi structure, format , kandungan – selebihnya adalah tugas supervisor untuk menyemak dan verify standard draft tersebut berdasarkan “pengalaman” dan “expectation” supervisor.

Thesis sebagai manuskrip hanyalah “partial requirement” bagi mendapatkan master / doctorate kerana pengetahuan dan pengalaman menjalankan kajian tidak dapat dicatatkan dalam thesis. Jadi hantarlah draft thesis yang lengkap dari segi structure, format dan kandungan bagi menepati kriteria sebuah thesis yang baik bukan yang “sempurna”. Pastikan draft tersebut bukan dibuat secara CINCAI dan dangkal, ditambah dengan kesalahan ejaan dan format citation yang tidak sepatutnya berlaku.

Kedua: Jangan replicate kajian yang sudah dilakukan !

Research lebih-lebih lagi pada peringkat PG adalah replicated. Teori, analisis data, semuanya replicated, melainkan dilakukan sedikit modification disana sini bersesuaian dengan objektif kajian. Postgraduate masih dalam fasa belajar, fasa mamahami, fasa latihan akademik tahap tertinggi. Malah sebahagian besarnya bermula dari “zero”, maka kajian mahu tidak mahu adalah satu replikasi sebahagian aspek dari kajian lepas bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku secara intensif dalam bidang kajian masing-masing dengan modifikasi yang dilakukan boleh diterima sebagai contribution to knowledge.

Ketahuilah bahwa Postgraduate diberikan seorang SUPERVISOR kerana mereka masih novice ! Seorang novice yang dilatih untuk jadi EXPERT dalam dunia research sangat memerlukan highly personalized experienced melalui latihan menjalankan research. Namun…. research bukan terhenti selepas mendapat PhD…pintu membuat research tidak pernah tertutup selepas graduated….maka sebab itulah tujuan Postgraduate membuat research adalah lebih kepada membina skills melalui proper research and realistic expectation.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL