Ada Apa Dengan Master? Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Beliau Ketika Membuat Master
*******
Soalan paling common saya selalu dengar. Sebenarnya saya mampu untuk sambung terus ke Ph.D tetapi saya memilih untuk menyelusuri Master terlebih dahulu kerana saya merasai ada lagi lompong-lompong yang belum saya isi dan juga selari dengan perancangan saya untuk masa hadapan.
Saya telah buat keputusan untuk ambil Master by Taught sebabnya saya ingin explore lagi bidang ilmu secara meluas. Semasa di undergraduate, kami hanya diajar untuk mempelajari secara intensif akan setiap subjek ataupun course-course tententu. Tetapi bila sahaja sampai level Master, kami dilatih untuk menelusuri segala cabangan ilmu yang ada juga dilatih menjadi individu yang mampu mengintegrasikan segala lapangan ilmu ke dalam bentuk aplikasi.
Buat masa ini, saya rasa master ini lebih kurang undergraduate bahkan tidak sesibuk mana seperti yang diperkatakan kepada saya sebelum ini. Kadang-kadang saya pelik dengan manusia ini; ada-ada sahaja info yang tidak betul dan melemahkan semangat orang. Alhamdulillah, nasib baik saya dari kecil bukan jenis yang mudah terperangkap dengan omong-omongan kosong pengalaman orang lain. Biar orang kata susah tetapi yang penting ialah kita mengenali tahap kebolehan diri kita. Cuba dan mencuba inshaAllah berjaya. Jadi saya akan kata tak penat pun, cuma normal la sibuk sedikit untuk assignments. Perkara normal dan saya rasa saya amat suka terlibat dalam assignment sebab ianya melatih diri saya untuk terus membaca dan explore bidang baru.
Plan terdekat Inshallah ingin pulang ke Malaysia menyelesaikan perkara penting dalam hidup dan kemudiannya terus sambung ke Ph.D. InshaAllah saya akan cuba melihat beberapa bidang yang sesuai dan mempunyai potensi besar di Malaysia. Adalah rugi jika saya ceburi bidang yang sekadar ingin melepaskan saya daripada job security kerana bagi saya ini mampu mengurangkan impak pada masa hadapan. Minat, kesesuaian bidang serta peluang dan potensi perlu diperhatikan secara berterusan. Saya melihat terdapat satu ruang luas dalam bidang Synthetic Biology di Malaysia memandangkan Malaysia masih jauh terketinggalan dalam bidang ini. Jadi kita memerlukan tenaga pakar dan individu-individu yang sanggup dan berani membawa pulang ke pasaran Malaysia khusus bagi bidang kajian dan pembangunan. Jadi ada apa dengan Master?
Oh ya, berbalik kepada soalan asal. Banyak perkara yang dilatih semasa di peringkat master. Tetapi secara kesuluruhannya ingin menyediakan kita ke alam pekerjaan juga ke alam pengkajian (Ph.D). Cara pengajarannya saya katakan lebih sempoi dan berfalsafah. Berbanding undergrad yang kebanyakan course kami diajar di dalam lecture, master pula selalunya diajar secara seminar dan discussion. Ianya lebih mengajak kita untuk menjadi individu yang mampu berfikir dan melontarkan idea secara terbuka dengan hujah-hujah tersendiri.
Jadi saya rasa, bagi adik-adik ataupun sesiapa yang ingin terus ke peringkat Master, saya amat rekemen supaya terus berbuat demikian dan jika mampu terus ke Ph.D. Soal kahwin? Why not sekalikan. Dan hal ini selalu sahaja dipesan oleh rakan-rakan yang lebih tua da lebih berpengalaman daripada saya. Bila dah kahwin dan settle down, usually nak sambung balik ke medan pelajaran ini agak berat dan ada inertia sikit. Jadi selagi masih bujang dan rasa tiada tanggungan teruskan sambung belajar dan jangan pula jadikan alasan ini tidak mahu kahwin. Perlu ada imbangan antara kedua-dua ini. Jika mampu sekaligus why not?
Tahun ini Coursemate saya terdiri dari beberapa orang pelajar perempuan. Saya seorang sahaja lelaki Melayu di sini. Tapi ALhamdulillah ternyata perempuan selalunya mendominasi di mana-mana peringkat pelajaran.
Amin Rukaini Mustafa. Berkelulusan dalam bidang Bioteknologi dengan memiliki ijazah BSc.(hons) dan MSc.(Dist) in Biotechnology. Kedua-dua lulusan dari University of Edinburgh (2010-2014). Mempunyai kepakaran ilmu dan kemahiran dalam bidang microbial biotechnology terutamanya biofuel dan bioremediation juga dalam bidang renegerative medicine & stem cells, biobusiness, vaccine development dan research and developments (R&D). Sedang menyambung pengajian PhD di University of Cambridge, UK. Kajian PhD menfokuskan kepada bidang bacteria spores. Juga mempunyai minat dalam biobusiness dan entrepreneurial biotechnologist.
Tiada Respon