no comments

8 Tips Kewangan Untuk Fresh Graduate

Sempat kongsi beberapa tips dengan client saya tengahari tadi. Fresh graduate. Umur baru 21 tahun dah baru start kerja.

Dua tahun yang lepas, saya pun macam client saya ni. Fresh graduate. Dapat kerja pun dengan gaji masih di tahap miskin bandar. Nak beli rumah pun tak mampu lagi. Setiap tahun ramai golongan macam ni. Jadi apa tips kewangan yang sesuai untuk mereka?

 

1. Cari Kerja Yang Dekat Dengan Tempat Tinggal

Kalau kerja jauh, kos naik. Plain and simple. So masa nak terima apa-apa job offer, pastikan dah kira kos tol, minyak untuk pergi balik kerja, termasuk masa yang diperlukan untuk ulang-alik ke tempat kerja.

Best option, tinggal di rumah parents. Dah save kat sewa rumah dan makan. Kalau terpaksa menyewa, cari yang paling dekat. Mungkin kena korbankan sikit keselesaan kalau nak tinggal dekat dengan tempat kerja pada kos yang rendah, takpe. Sabar je.. Awal-awal kerja memang kena struggle sikit.

 

2. Jangan Beli Kereta

Nasihat ni khas kepada yang lelaki. Elakkan beli kereta pada dua tahun pertama anda bekerja kecuali kalau kerja anda melibatkan banyak travelling dan anda boleh buat untung daripada travelling claim.

Company tempat saya kerja dulu bagi claim per km agak tinggi, dekat RM0.80 untuk setiap km dan termasuk tol. Kerja outstation banyak. Dalam sebulan travelling claim boleh cover instalment kereta.

Kalau ikut tips pertama, tinggal dekat dengan tempat kerja, bolehlah naik motor je pergi kerja. Tak perlu kereta dah.

 

3. Beli Rumah Low Cost di Kawasan Panas

Sebab baru bekerja dan gaji kecil bukanlah alasan untuk tak membeli rumah. Boleh je beli rumah. Advantage kat sini adalah fresh graduate yang gaji kurang daripada RM2,500 boleh beli rumah low cost.

Tapi tak boleh main beli. Beli hanya di kawasan sewa yang hot seperti Seksyen 7 Shah Alam, Kota Damansara dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Boleh tanya pakar seperti Abang Ensem untuk kawasan-kawasan hot yang lain. Tujuan nak beli di kawasan hot ini adalah supaya bila disewakan nanti dapatlah side income sikit daripada lebihan duit sewa selepas ditolak instalment loan bank.

Ada orang cakap kalau beli rumah low cost untuk buat investment macam menganiaya orang lain yang tak mampu beli rumah. Pada saya tak. Selagi gaji kecil dan masih dalam kategori layak, nothing wrong pun. Itu hak anda.

Yang salah adalah orang yang memang ada income banyak, tapi buat nampak macam income sikit untuk dapatkan kuota pembelian rumah low cost. Itu baru betul tak beretika.

 

4. Educate Yourself

Tiap-tiap tahun ada je berita pasal peratusan fresh graduate yang bankrap semakin meningkat tapi kerajaan takde pulak nak masukkan subjek perancangan kewangan kat universiti. Saya memang tak faham kenapa.

Biasanya yang masuk dalam golongan bankrap ni adalah yang tak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan, bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapi kalau bulan-bulan kebocoran sana sini dan takde saving pun no point. So educate yourself.

 

Paling murah, cari maklumat online je. Kat blog ni saya share apa yang saya tahu dan terlintas di fikiran saya. Mungkin ada yang saya tak cover boleh request atau baca di blog lain.

 

5. Ambil Medical Card Sendiri

Untuk fresh graduate, bajet antara RM100 – RM200 dah cukup. Disebabkan plan medical yang saya offer ni dah ada savings account, tak perlu fikir dah pasal investment unit trust sebab pelaburan unit trust bersifat long term dan ambil medical card memang untuk long term.

Bila ada plan medical card sendiri ni, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk berdikari.

Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain.

 

6. Get a Job as soon as Possible

Let’s say kerja anda dah menepati tips no.1 atas tadi, tapi mungkin gaji kurang sikit. Ambil je.

Sebabnya:

Susah nak dapat kerja. Kecuali kalau anda ada beberapa offer lain, then that’s a different story already.
Lagi lambat start, lagi lambat accumulate experience. Biasanya lepas setahun lebih kerja, dah cukup experience untuk jump ke position lain yang offer better salary tapi kalau first job ni pun dapat lambat, maka lambatlah dapat jump.
Lambat dapat kerja, caruman KWSP pun start lambat. Rugi bro

 

7. Ambil Kad Kredit Hanya Selepas Setahun Bekerja

Kalau kena gaya penggunaan, memang boleh dapat penjimatan. Tapi untuk fresh graduate, ambil kad kredit hanya selepas setahun bekerja.

Sebabnya:

Kalau takde kereta, pembayaran kad kredit akan dijadikan rujukan bila nak apply loan rumah nanti. Rekod pembayaran kad kredit ni penting supaya bank dapat lihat financial attitude kita samada paymaster atau kaki kumpul hutang.
Kalau ambil kad kredit masa awal bekerja, everytime tak cukup duit kita akan swipe. Lama-lama mendidik diri untuk sentiasa memerlukan kad kredit.
Kalau setahun hidup tanpa kad kredit, kita akan belajar hidup dalam kemampuan diri. Takde cash, tak belanja. Bila dah biasa kawal pembelanjaan kuranglah kecenderungan untuk terlebih belanja bila ada kad kredit nanti.

 

8. Buka Akaun Private Retirement Scheme

 

Nak dapat pulangan investment 50%? Senang je. Buka akaun Private Retirement Scheme (PRS). Akaun ni function dia sama macam KWSP iaitu sebagai tabungan persaraan. Bezanya, yang manage duit ni bukan KWSP tetapi private entiti seperti CIMB, RHB, Public Bank, Maybank dan sebagainya.

Untuk fresh graduate, kalau buka akaun ni dan letak RM1,000 dalam tu, kerajaan Malaysia akan top up RM500 ke dalam akaun PRS anda. Inilah yang saya maksudkan sebagai 50% profit. hehe..

Duit free jangan dilepaskan. Bila dah cukup RM1,000 tu, bolehlah stop sebab duit dalam akaun PRS ni susah nak dikeluarkan. Buat simpanan dalam Tabung Haji atau ASB untuk tabungan kahwin atau beli rumah.

Itulah dia sedikit sebanyak tips untuk budak baru bekerja. At least dapatlah idea sikit pasal financial planning ni. Kalau berguna, sharekan artikel ni kepada rakan/keluarga.

 

BY: 8-tips-kewangan-fresh-graduate

 

 

 

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL