no comments

Biasiswa MyBrainSc Kembali Lagi

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.
Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
Meliputi bidang pengajian seperti:

Kimia,Fizik,Biologi dan matematik

Syarat² permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut;

1.PhD
Calon adalah warganegara Malaysia;Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon; Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; danCalon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.

2.Sarjana
Calon adalah warganegara Malaysia;Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; danCalon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.
3.Ijazah pertama
Calon adalah warganegara Malaysia;Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT; danPelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja

Permohonan

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2

2. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.

3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.

4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.

5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.

7. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:

BIL DOKUMEN FORMAT SAIZ DOKUMEN
1 Gambar berukuran passport JPG 200KB
2 Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang) PDF 280KB
3 Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A

(Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja)

PDF 300KB
4 Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana PDF 400KB
5 Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan). PDF 200KB
6 Borang Pengesahan Maklumat Pemohon PDF 400KB

8. Pemilihan calon akan dibuat melalui sesi temu duga yang akan dijalankan sebelum pemilihan akhir dibuat oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala.

9. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa.

10. Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum boleh memuat turun surat tawaran MyBrain15. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL