no comments

7 Perkara Yang Membuatkan Perjalanan PhD Anda Lebih Meriah

Perjalanan PhD ini memang lah sunyi. Sebab bukanya kita buat group project.
.
Seorang diri sahaja pulun. Carilah jalan agar tidak sunyi.

1) Jumpa Supervisor
SV bukan jumpa waktu nak tanya soalan je. Pergi lah ajak dia makan. Ikut dia pergi conference sekali. Pergi ajak bersukan ke, tak pun apa sahaja yang SV kau suka. Teman dia shopping pun boleh meriah hidup kau. Raya jangan lupa buat-buat lalu dekat rumah dia. Pergi lah beraya.
.
2) Hadir Conference
Walaupun trend di Malaysia ini , conference dah tak berapa nak best, Sebab tiada orang sangat mahu bagi feedback bila present. Sebab yang dengar itu pun presenter yang tengah berdebar nak present juga. Jarang dia dengar apa yang anda present. Tapi gunakan waktu networking dengan baik. Sembang, ambil contact mereka. Join session yang ada kait bidang or future bidang. Beri feedback lepas mereka present. Baru lah orang nak beri feedback semula atau tegur kau balik. Tak pun cari je senior2 dan tanya pengalaman mereka dalam alam PhD macam mana. Otai-otai ni seronok je kalau kau tanya, they are wiling to share.

3) Bantu Postgraduate lain
Tengok2 lah geng kita. Kat DSG ni (Doctorate Support Group). Bantu lah bila ada yang minta tolong. Usah kau tenyek dia kalau dia tanya soalan level 101. alah macam kau handle students yang tanya soalan sama je tiap2 semester. Dalam DSG ni pun akan ada soalan sama. Bantu je lah. Mungkin sedikit bantuan kita, membuatkan jalan dia terus bersinar dan bercahaya. Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain masalah dia. Lagi banyak kau ajar orang. Lagi banyak kau dapat ilmu tuh. Lagi banyak tolong orang. allah bantu kau mudahkan PhD. InsyaAllah.

4) Jumpa Expert Bidang
Cari je lagi expert atau orang yang bidang berkaitan. minta pendapat dan pandangan. Tapi bertanya lah dengan ilmu. Jangan kau tak check apa2 terus tanya. Tanyalah setelah beritahu usaha kita. Orang akan membantu orang yang telah bantu diri dia. Jadikan expert ini rumah harapan. bukan rumah ratapan.

5) Bergaul dengan Pascasiswazah
Amat penting untuk bergaul dengan orang yang sama situasi dengan kita. Tapi jangan layan viola sangat. viola tuh maksudnya layan kekecewaan dan keluhan. Sembang2 positif dan share masalah dengan niat mahu tahu solusi bukan mahu luah masalah untuk berfantasi.

6) Join Aktiviti Pusat Pascasiswazah.
Kenal-kenal lah orang pejabat pascasiswazah. Join je aktiviti pascasiswazah. Banyak yang memberi manafaat. Kau masuk 3 Minutes Competition. Dalam masa 3 minit, kau pulun cakap pasal PhD research kau. Bila kau masuk ni. sure kau bertambah yakin dan bertambah bangga dengan kasil kerja kau. Baru lah rasa ada makna apa yang kau buat.

7) Hadiri Workshop Postgraduate
Sesetengah orang rasa dah tahu banyak benda. Dah tahu pun. Tak salah untuk dengar dari guru lain. Dan tak salah tambah ilmu atau pun ulangkaji balik pemahaman kau. Kau belajar Sejarah SPM dulu pun kau lupa, ini pula ilmu pascasiswazah dengan skill pelbagai dan tanpa buat kerap, kau lupa juga. Sertai ahli Malaysian Postgraduate Academy. Dapat join workshop selalu dengan harga berpatutan. RM50 je kalau tak silap sehari. 3 kali makan lagi. Jumpa lah lagi ramai kenalan. Boleh belajar habis semua stage masa PhD.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL