no comments

7 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Sewaktu ‘Presentation’

Pernahkah anda terfikir bagaimana situasi anda jika esok hari anda perlu melakukan pembentangan di hadapan khalayak ramai sama ada di dalam kelas atau pun bilik mesyuarat? Pasti tidur anda sedikit terganggu dan perasaan yang bercampur baur. Bawa bertenang dan positifkan diri bahawa presentation adalah salah satu cara untuk mendidik diri lebih berkeyakinan dan nampak hebat.

Ada beberapa tip yang kami ingin kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk meningkatkan keyakinan diri sewaktu ‘Presentation’.

1. Gunakan Frasa Positif

Individu-individu yang berkeyakinan tinggi akan memilih untuk menggunakan kata-kata yang positif dan tegas seperti “Saya boleh” dan “Saya pasti”, untuk mencadangkan bahawa mereka yakin dengan diri mereka (walaupun, sememangnya tidak dengan cara yang sebegitu sombong).

Sebagai contoh, jika anda mempunyai pekerjaan sambilan sebagai barista di kafe dan pelanggan kembali kepada anda dengan aduan tentang air kopi mereka, gunakan frasa seperti, “Saya boleh membantu anda dengan itu!” dan bukan, “Saya ‘akan mencuba dan melihat apa yang boleh saya lakukan,” kerana ia memberi kesan positif terhadap bagaimana mesej anda diterima oleh pelanggan yang tidak puas hati.

Oleh itu, sama ada anda memberikan pembentangan di kelas dan majlis rasmi, latih diri anda untuk menggunakan frasa positif dalam kenyataan yang disajikan dengan nada secara tegas dan positif kerana ianya dapat membantu membangkitkan kepercayaan dari penonton anda.

Tips Pakar : Semasa pembentangan, elakkan menggunakan penyataan negatif seperti “Saya tidak pasti” atau “Saya rasa”. Jika anda berhadapan dengan soalan yang menekan, gunakan kata-kata neutral seperti “kepada pengetahuan saya” atau “berdasarkan pemahaman saya” untuk memberi inspirasi kepada keyakinan dan kepercayaan kepada penonton anda.

2. Pakaian untuk berjaya

Kajian mencadangkan bahawa manusia akan menilai seseorang dalam masa beberapa saat disaat mereka berjumpa dengan seseorang. Oleh itu, penting untuk membuat tanggapan pertama yang baik.

Jadi, jika anda hendak menyertai pertandingan debat antara kolej, anda tidak akan berjaya menarik perhatian para hakim ataupun menggugat pesaing anda dengan memakai baju kusut disamping tidak menyikat rambut anda dengan kemas. Seperti yang dikatakan oleh Richard Branson, “Peluang kedua sememangnya tidak wujud, jadi pastikan anda meninggalkan impak yang hebat pada kali pertama.”

Sebaliknya, pakai sesuatu yang membuatkan anda kelihatan smart dan nampak kemas kerana ia boleh memberi pengaruh positif pada prestasi mental dan fizikal anda. Lagipun, apabila anda berasa bagus tentang diri anda, tindakan anda juga akan mencerminkan keadaan fikiran anda.

Tip pakar : Selalu rancang pakaian anda dengan lebih awal, terutama apabila berhadapan perkara-perkara penting pembentangan kertas kerja dan temuduga . Juga, latih diri anda memberikan pembentangan dalam pakaian yang ingin anda pakai sewaktu pembentangan. Jika pakaian atau warna tertentu membuatkan anda berasa lebih berkeyakinan, jangan lupa pakai!

3. Perlahan apabila bercakap

Adakah anda tahu bahawa pembicara terpantas di dunia ialah Steve Woodmore, memegang Guinness Book of World Records untuk bercakap sebanyak 637 perkataan seminit?

Ianya memang satu perkara yang sangat menakjubkan. Akan tetapi, tidak menakjubkan apabila ianya membuatkan pendengar anda terpaksa bekerja dua kali lebih sukar untuk menangkap apa yang anda sendang katakan atau cuba sampaikan, dan ianya mungkin satu petanda yang menggambarkan kegelisahan yang sedang melanda diri anda pada waktu itu.

Sebaliknya, bercakap secara perlahan membolehkan anda berfikir sebelum bercakap. Ini amat berguna apabila menjawab soalan yang menekan, seperti wawancara kerja.

Bercakap secara tenang dan tersusun juga boleh membantu anda untuk kekal tenang sehingga tamat pembentangan.

4. Meniru gaya penceramah yang berpengaruh

Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan keyakinan anda adalah dengan meniru gaya penceramah yang yakin dan berpengaruh. Sebagai contoh, jika anda akan menyampaikan persembahan di kolej, anda boleh meningkatkan kemahiran bercakap awam anda dengan menonton penceramah TED Talk di YouTube, memerhatikan bagaimana mereka bercakap dan mengarahkan penonton mereka.

Anda juga boleh menggunakan beberapa teknik ‘Public Speaking’ dalam perbualan harian. Perbualan harian ini mungkin lebih spontan dan tidak formal seperti pembentangan, tetapi mengamati ciri-ciri seperti maklum balas audiens anda selepas bercakap dan membiarkan personaliti anda bersinar dapat membantu anda kelihatan ikhlas dan yakin.

5. Power Pose

Penyelidikan menunjukkan bahawa berdiri dengan mengunakan gaya “power pose” dapat meningkatkan tahap testosteron badan anda, yang boleh meningkatkan rasa yakin diri yang meningkat dengan efektif.

Tetapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan power pose?

‘Power pose’ ialah mengenakan postur terbuka dan ekspansif seperti berdiri dengan kaki anda dan tangan di pinggul atau di dalam poket. Profesor Harvard Amy Cuddy mendakwa bahawa dengan hanya 2 minit mengunakan ‘power pose’ ini sudah cukup untuk memberi anda keyakinan yang tinggi! Lagipun, apa salahnya mencuba, kan?

6. Fake it until you make it

Pernahkah anda berada dalam keadaan yang membuatkan anda rasa gementar? Mungkin pada minggu pertama orientasi kolej apabila anda tidak mengenali sesiapa, atau semasa di sekolah ketika anda cuba memasuki pertandingan debat tetapi berfikir dua kali kerana anda tidak menganggap diri anda cukup baik?

Menurut profesor Harvard, Amy Cuddy, “Fake it until you make it” melibatkan proses menipu diri anda untuk menjadi lebih yakin daripada kebiasaannya tanpa menipu orang lain! Oleh itu, cara ini membolehkan anda mengharungi keadaan yang berbeza dengan lebih yakin.

Amy menambah bahawa semakin anda yakin dengan diri, semakin selesa tubuh anda rasakan.

Walaupun ia mungkin seperti menipu diri sendiri dan terpaksa pada mulanya, dengan latihan yang konsisten, ia akan menjadi semula jadi.

7. Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang positif

Menurut ahli neurologi Universiti Northwestern, Moran Cerf, manusia cenderung untuk mengikut atau meniru tingkah laku orang yang mereka luangkan masa bersama, jadi, sangat penting untuk mengelilingi diri kita dengan jenis orang-orang yang betul.

Caution: hati-hati dengan golongan yang acah-acah betul!

Oleh itu, jika anda mahu menjadi lebih yakin dan berkarisma, kelilingilah diri anda dengan keluarga dan rakan-rakan yang positif. Di samping itu, bersosial dengan orang yang menyokong anda mungkin juga membantu anda mengembangkan keyakinan anda.

Bantuan dan jaminan positif mereka boleh meningkatkan rasa yakin diri anda, terutamanya apabila anda mungkin berusaha untuk mencapai matlamat peribadi seperti menghilangkan berat badan.

Sama seperti kebahagiaan, keyakinan juga boleh dipupuk dan dibina sepanjang perjalanan hidup anda.

Walaupun cadangan kami mungkin dapat membantu anda meningkatkan keyakinan anda, penting untuk diingati bahawa tidak kira apa pun yang anda lakukan, pasti akan ada orang di dalam kehidupan anda yang akan cuba menjatuhkan anda

Jadi, harus di ingati bahawa anda masih mendahului setiap orang yang tidak mencuba!

Sumber : https://madeinuitm.com.my

Ayuh sertai ‘ONE DAY WORKSHOP ON VIVA PRESENTATION’ untuk memperoleh pengetahuan cara-cara untuk menghadapi viva. Anda juga akan berpeluang menerima tips-tips yang perlu anda lakukan sebagai persediaan di garisan penamat kehidupan sebagai pelajar PhD.

Date : 1 April 2018

Time : 8.30 AM-5.30 PM

Venue : MPWS Training Centre, Seksyen 7, Bandar Baru bangi

Speaker : Dr Jalina Karim

Fee : RM 200 Included 6% GST

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL