no comments

7 Cara Asas Menyemak Hasil Tulisan Tesis Kita

Salam sejahtera Pascasiswazah semua, hari ini admin ingin berkongsi tentang bagaimana kita hendak menyemak semula tesis atau hasil tulisan kita dengan cara yang paling asas sekali. Mari kita lihat 7 perkara asas yang mesti PG buat untuk mengurangkan typo atau kesalahan ejaan, tatabahasa dan sebagainya sebelum kita binding tesis kita.

 

1)BACA SEMULA

Okay, apabila kita dapat menghabiskan penulisan kita, ia merupakan satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan bukan? Ternyata, ini bukan masa yang sesuai untuk kita patah balik dan lihat hasil kerja kita, yelah dikala mata dan otak kita telah letih, adalah lebih baik jika kita luangkan sedikit masa untuk berehat seketika dan tidak melihat hasil kerja dan kembali semula nanti untuk memeriksa kesilapan. Anda akan melihat dengan lebih jelas selepas memberi masa seketika kepada diri anda. Datang semula bila anda sudah recharge energy anda.

 

2) SEMAK KALI KEDUA HASIL KERJA

Mari kita mulakan dengan asas-asasnya. Anda tidak akan percaya berapa banyak kesilapan yang boleh anda lihat dengan hanya membaca kerja anda sekali atau dua kali sebelum anda menghantarnya. Dewasa ini, langkah asas ini selalu sahaja diketepikan kerana ingin cepat menghantar atau menerbit naskah manuskrip.

Cuba kita ambil masa lebih kurang satu jam atau sekurang-kurangnya tiga puluh minit untuk memastikan kerja kita bebas daripada kesilapan tatabahasa, ejaan dan sebagainya.

 

3) MENGGUNAKAN ‘SPELL CHECK’

Sebahagian kita mempunyai masalah ini – mengabaikan alat ejaan dan tatabahasa Microsoft Word. Seringkali kita mengandaikan bahawa garisan merah dan hijau itu tidak cukup canggih untuk memahami pengusaan bahasa kita. Jangan begitu, cuba untuk jalankan alat mengesan ejaan yang akan memaksa anda untuk membetulkan setiap kesilapan yang berpotensi, satu demi satu. Sekiranya anda memerlukan sesuatu yang lebih mantap, cuba Grammarly. Ia percuma, dan di samping membantu anda menangkap kesilapan anda, sangat baik untuk menghidupkan isu tatabahasa yang lebih banyak, masalah pilihan kata, dan kesilapan menulis terperinci lain.

4) DAPATKAN PEMBACA KEDUA.

Salah satu cara terbaik untuk mencari dan memperbaiki kesalahan adalah dengan mencari rakan untuk membaca tulisan untuk anda walaupun kadang kala ia sukar untuk diperolehi. Semasa membaca, mereka tidak menjangkakan perkataan seterusnya, dan hanya dapat menumpukan perhatian kepada mencari kesilapan.

Sekiranya anda dapat mencari seseorang untuk membaca dan menandakan kerja anda dengan teliti, anda berpeluang untuk mendapat hasil kerja terakhir yang baik.

5) PRINT DOKUMEN

Jika anda telah menjalankan penulisan anda di dalam menggunakan word processor atau system pengurusan atas talian, cuba cetaknya pula di atas kertas untuk melihatnya dalam bentuk yang lain pula. Anda akan melihat perkataan dari sudut pandangan yang sedikit berbeza dan membantu anda untuk melihat kesilapan jika ada. Lebih-lebih lagi, bekerja dengan menggunakan pen merah dan kertas boleh menjadi cara yang terbaik untuk membuat nota mengenai struktur dan membuat perubahan dalam draf berikutnya.

 

6)BACA DENGAN KUAT

Ada cara lain untuk kita mengelakkan daripada melangkau perkataan. Mata kita memang suka nak melangkau ni. Dengan membaca dengan kuat, kita boleh lebih focus dengan lebih dan melihatnya dalam konteks yang berbeza. Tempo bercakap dengan kuat juga bebeza dengan bila bercakap di dalam hati di mana kita dapat mengesan typo.

 

7) DAPATKAN RAKAN UNTUK MEMBACAKAN AYAT DENGAN KUAT

Minta rakan anda untuk membaca dengan kuat dan biasanya mereka akan terhenti jika ternampak typo. Dan sekali lagi , ia juga cara terbaik untuk mencari kesilapan di dalam flow ayat, struktur ayat anda.

 

Sekian sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat kepada PG semua dalam menyiapkan, menyemak dan menghantar tesis dengan jayanya  !

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL