no comments

6 TANDA SV YANG PERLU ANDA KETAHUI

6 TANDA SV YANG PERLU ANDA KETAHUI

Petanda 1

Membiarkan supervisee “honeymoon” di awal semester tanpa perlu ada perjumpaan atau perbincangan mengenai research dan thesis. Hanya dinasihatkan ambil coursework itu dan ini.

Mengikut saya, semester pertamalah yang paling sibuk, paling kerap perjumpaan dan paling penting dalam penentuan topik, tajuk dan hala tuju kajian, mengenal pasti bingkai persampelan dan membincangkan the kekuatan dan kelemahan daripada topik itu. Manalah supervisee sedar semua ini jika tidak dimaklumkan oleh SV. Bukan rilek!

Petanda 2

Meminta supervisee mengemukakan “tajuk kajian” sedang SV tidak memastikan supervisee menguasai terlebih dahulu “topik kajian” dengan mendalam dan menyeluruh.

 

Petanda 3

Meminta supervisee membaca artikel, tetapi tidak pula meminta mereka tulis semasa mereka pergi  kerana supervisee tidak akan mampu simpan semua maklumat yang dibaca dalam kepala. Lepas 2, 3 hari gerenti lupa!

Petanda 4

Meminta supervisee menyediakan proposal mengikut Chapter 1 dahulu, sedangkan proposal perlu disediakan serentak  3 chapter. Malah SV hanya akan menyemak Chapter 1 sahaja tanpa mengambil kira chapter 2, 3 dan chapterchapter yang lain walaupun dihantar serentak!

Petanda 5

Meminta supervisee membuat kajian quantitative / qualitative sedang SV sendiri tidak update dengan pengetahuan dan software terkini yang berkaitan kedua-dua pendekatan.

Petanda 6

Minta menjadi main author pada artikel yang ditulis oleh supervisee. Membuat editing sana sini tidak melayakkan SV menjadi the main author, malah tugas tersebut adalah tugas hakiki SV. Abis kalau bukan SV yang supervise students siapa lagi? Takkan Penolong Pendaftar? SV sendiri akan dapat merit dalam KPI apabila supervisee dapat di“graduate”kan.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL