no comments

6 LANGKAH YANG MEMUDAHKAN ANDA MENYAMBUNG MASTER DAN PHD

Pertama sekali jangan terburu-buru daftar.

Cara yang betul adalah pergi ke universiti yang diminati untuk memeriksa sama ada degree yang dimiliki itu diterima atau tidak ( mengikuti terma dan syarat universiti tersebut ) pada masa yang sama mengetahui sama ada layak atau tidak dengan bidang yang ingin disambung. Laluan bidang tdak boleh ditukar sesuka hati tanpa bukti yang kukuh.

Contohnya, sekiranya didalam bidang Matematik, tidak boleh ke laluan Linguistik.

Kedua, apabila universiti tersebut meluluskan degree untuk digunapakai untuk bidang yang dipilih, maka bermula lah step penting ini :

  • Cari supervisor

Kaji siapa doktor / pensyarah di jabatan atau fakulti yang dipilih. Cara terbaik adalah dengan bertanya kepada pelajar di universiti tersebut tentang doktor-doktor berkenaan. Untuk mendapatkan penilaian sendri yang lebih tepat, adalah dengan berjumpa dan bersembang sendiri dengan pensyarah disitu. Bina hubungan yang baik. Apabila sudah terbina, cubalah bertanya skop kajian yang meraka fikirkan bagus dan secara tak langsung dapat jadikan sebagai tajuk tesis cadangan.

  • Mulai ke perpustakaan

Jika masih tidak dapat tajuk yang bersesuaian, maka pergilah ke library online universiti untuk melihat tajuk-tajuk yang sudah tersedia ada.

Apabila sudah mendapat tajuk yang sesuai, maka carilah pula SOROTAN LITERASI atau nama lainnya, kajian-kajian terdahulu di website perpustakan atau jurnal online atau OPAC mana-mana universiti yang boleh dicari. Sekiranya jumpa, pergi ke perpustakaan dan tengok dengan mata sendiri.

Kemudian, sesi membaca. Bacalah kesemua yang berkaitan dan part paling penting sekali adalah keluarkan kesimpulan, kefahaman kita sendiri dari kajian-kajian yang telah dibaca tu.

  • Kenal pasti permasalahan kajian.

Highlight tajuk yang ingin dikaji. Sebab-sebab ingin memilih tajuk dan mengkajinya. Kaitkan dengan isu semasa atau kontroversi yang telah timbul.

  • Siapkan proposal

Pergi ke perpustakaan dan kaji, baca tesis yang telah berjaya. Lihat pada bab pertama atau pendahuluan. Itulah proposal.

Belajar langkah-langkah penulisan proposal. Untuk lebih padu, sertailah bengkel-bengkel penulisan tesis yang dianjurkan universiti terbabit. Ada akan diajar mengenainya.

  • Setelah siap proposal.

Bawa kepada supervisor yang  telah pilih sendiri. Berikan draf proposal untuk beliau nilai dan periksa, kritik dan saran. Buat pembetulan dari saranannya.

Buat dan buat, sehinggalah, ulang jumpa dengan supervisor tersebut hingga beliau berpuas hati.

Nak padu lagi, jumpa semua supervisor di fakulti tersebut, tanya pandangan. Ini kerana, boleh terjadi ketika pembentangan proposal anda nanti, mereka yang akan jadi examiners.

  • Daftarlah

Sekarang, bolehlah daftar dengan hati yang sedikit lega setelah proposal sudah ada, supervisor sudah ada, supervisor dah puas hati dengan proposal.

Sekali lagi diulangi, jangan terburu-buru daftar kerana proses menyiapkan proposal mungkin akan berlanjutan hingga setahun lamanya.

 

Tapi, jika daftar setelah proposal di tahap seperti di atas, pelajar akan untung TIGA benda:

(1) Jumlah tahun belajar secara rasmi di universiti tersebut

(2) Kos yuran setiap sem yang perlu ditanggung.

(3) Tak perlu tangguh mana-mana sem hanya kerana pening dengan pembikinan proposal yang tak lulus-lulus.

 

Selamat sambung belajar.

 

 

SUMBER : Muhammad Rusydi

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL