no comments

6 JENIS SUPERVISOR

SV pulak ada macam-macam style, ada 1,001 styles, tapi secara kasarnya:

Pertama:

Authoritarian – Anda lambat jer dia cari dan hambat anda! Anda kena tahan skit, SV ni suka tunjuk authority dia, semua kena ikut cakap dia.

Jika anda cakap “saya tak tahu” atau “saya tak faham”, dia akan anggap anda malas, tapi kalau anda dapat tunjukkan anda juga tahu malah lebih tahu dari dia, dia akan respect anda.

Kedua:

Democratic – Anda lambat ker, anda tak buat aper-aper, dia rilex jer! Emmm, yang ni anda boleh buat bincang, open-minded, tapi anda kenalah tunjukkan intellectual competency anda. Kalau anda rilex jer, jawabnya tak siaplah thesis anda. Dan kalau anda sentiasa tunjukkan progress, sure dia suka kat anda dan sanggup jadikan research anda macam research dia jugak. Anda tak nak ker?

Ketiga:

SV yang berada antara yang pertama dan kedua – Anda lambat jer dia minta reason, dan suka bagi idea tapi tak paksa anda ikut, anda masih ada ruang untuk memberi cadangan. Cuma anda jangan take thing for granted, tunggu SV anda bagi cadangan sedangkan anda tak buat aper-aper.

Mana yang bagus, pertama, kedua atau ketiga?

Tiga-tiga pun bagus, sebab anda yang kena sesuaikan diri anda, bukan sebaliknya. Sebabnya, peringkat postgraduate anda kena buat semuanya sendiri. Jangan tunggu kena hambat atau tak buat aper-aper. Jika SV anda rilex jer, anda yang kena ambil inisiatif.

Sebenarnya ada yang dua lagi, keempat dan kelima, tapi bukan sangat masuk jenis SV tetapi isu yang lain skit.

Ada SV baru siap PhD, tengah panazzz. Dah lama dia mengidam title Dr. tu, bila dapat jer, fulamak. Macam dia tahu semua benda berkaitan research. Perkataan yang famous kalau SV ni jenis ego-centric adalah “Kalau saya dulu boleh buat, kenapa tidak anda?”, “Saya dulu susah payah cari itu dan buat ini, anda pun kenalah bersusah payah jugak”, “Ini pun tak tahu, dulu saya semua buat sendiri”.

Aah lah, cam pernah dengar jer kata-kata SV cam tu. Yang kelima?

Yang kelima ni bukan SV baru, dah otai tapi tak berapa kisah nak upgrade knowledge dia di luar bidang kepakaran. Maybe dah jadi  Prof. atau Prof. Madya sebab banyak juga paper yang student Master dan PhD dia dah tulis. Jika dia expert kualitatif, dia tak kisah hal kuantitatif. Jadi, dia tak boleh nak advice hal-hal kuantitatif ni. Kalau bab bercakap dan bagi nasihat, fuhhh, sebab otailah katakan, dan memang terbukti hebat dalam bidang dan cara dia analisis. So bagi jenis yang ke-5 ni, elok jadikan SV jika anda membuat kajian yang ngam dengan kepakaran dia.

Saya suka cadangkan supaya supervisory committee perlu ada gabungan kepakaran yang boleh menyelia pelajar. Pelajar juga tak boleh sewenang-wenangnya menukar SV tanpa alasan yang kuat. Jadi pelajar berkenaan boleh merujuk dahulu kepada pihak penyelaras program siswazah, dan kemukakan masalah yang dihadapinya dengan jujur dan transparent. Jangan rasa bersalah, sebab ini adalah masa depan anda. Biarlah pihak penyelaras buat keputusan setelah meneliti semua aspek.

Dari style SV ke style supervision

Pertama – Style formal

SV dengan style supervision ini menekankan proses supervision yang formal dan ikut schedule. SV jumpa pelajar, supervise dengan cara formal. Arahkan supervisee siapkan tajuk, objektif dan lain-lain. Tak ada bincang hal-hal lain. Hanya research. Supervisee mesti buat appointment secara rasmi, seperti melalui PA, dan kes ini selalu terjadi bila SV adalah juga Dekan atau Ketua Jabatan. Tak boleh main ketuk pintu dan terjah. Kalau SV nak jumpa pun, sama ada RA atau PA dia yang aturkan. Emmmm, selalunya research akan berjalan dengan baik sebab SV jenis ini mengikut schedule betul-betul. Style supervision ini sesuai untuk yang biasa dengan protocol. Boleh keep up dengan schedule.

Kedua – Syle tak formal

Yang  ini takde barrier, takde schedule.  SV dan supervisee boleh pergi café sama-sama, boleh bertepuk tampar, SV boleh call supervisee tengah-tengah malam pun jika nak berbual. Selalunya SV ni kenal dengan supervisee. Ada advantage sebab boleh minta bantuan direct dari SV, tak der protokol-protokol. Style supervision ini sesuai untuk supervisee yang boleh stay focus dalam membuat research.

Ketiga – Style collaborate

Style ketiga ini menekankan kolaborasi. SV terlibat dalam menjalankan research supervisee, maybe supervisee adalah RA yang juga student PhD atau Master bagi project SV. Style ini ada advantage sebab SV akan pastikan kejayaan research yang dijalankan. Style supervision ini sesuai dengan supervisee yang matured dan ada pengalaman sedikit sebanyak membuat research.

Keempat – Style coach

SV jenis ini mementingkan output dan latihan kepada supervisee. Dia akan pastikan supervisee memiliki segala kemahiran asas dalam membuat research termasuk memberi pengalaman supervisee membuat presentation di mana-mana seminar ataupun menggalakkan supervisee menulis dalam chapter ataupun journal bersama. Advantagenya, supervisee akan lebih confident. Style supervision ini sesuai untuk supervisee yang boleh bekerja extra time.

Kelima – Style QC (Quality Control, ala-ala Queen Control jugaklah)

SV jenis ini agak cerewet dan memastikan supervisee mengikut semua quality yang diperlukan dalam penulisan thesis. Semua yang ditulis akan dipersoalkan rasionalnya. Semuanya mesti dipastikan sempurna sehingga mencapai satu standard quality yang dikehendaki oleh SV. Supervisee tak boleh memandai-mandai tukar itu dan ini walaupun kajiannya sendiri, mesti mendapat green light dari SV. Style supervision ini sesuai untuk supervisee yang tahan leteran dan berjiwa pasrah. Emmm, pompuan jugaklah tu.

Keenam – Style kilang

SV jenis ini mementingkan production, mesti hasilkan product. Maknanya, sejak awal lagi SV dah latih supervisee menulis dan ada kalanya dalam tempoh membuat PhD, supervisee berjaya hasilkan 3, 4 artikel  bersama SV dan supervisee beruntung walaupun terpaksa bekerja keras sejak hari pertama berjumpa SV. Style supervision ini sesuai untuk supervisee yang boleh berdikari dan tahan lasak.

SUMBER: Dr Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL