no comments

5 Mitos PHD Dan Master

5 Mitos PHD Dan Master

Saya menggemari rancangan Mythbusters, kerana banyak mitos yang diterima sebagai benar tetapi akhirnya dibuktikan palsu. Membuat PhD atau Master juga ada mitosnya. Saya cuba senaraikan 5 daripada mitos tersebut, dan memberi kupasan secara ringkas sama ada mitos tersebut benar atau sebaliknya.

Mitos 1 –  Menjadi calon PhD atau Master bermakna menempuh saat paling getir dalam hidup.

Menjadi calon PhD atau Master sebenarnya satu pengiktirafan kemampuan anda untuk menyumbang sesuatu yang baru kepada pengetahuan dalam bidang kajian anda, khususnya melalui penyelidikan yang anda lakukan. Nikmatilah saat yang hanya datang sekali seumur hidup ini sehingga anda benar-benar diktiraf melalui gelaran “Dr Jadikan ini sebagai SAAT TERINDAH DALAM HIDUP ANDA!

Malangnya anda beranggapan kesulitan dan kegetiran itu satu kemestian dan anda membiarkan diri anda merasai kegetiran tersebut sebagai justifikasi menjadi calon Master/ PhD. Ini tidak benar!

Mitos 2 – Tidak ada jalan mudah bagi calon PhD atau Master menghasilkan kajian.

Terlalu banyak cara yang boleh membantu anda menjadi calon yang berjaya. Mulakan dengan langkah yang betul seperti mencari gap kajian dan mantapkan research framework, bukannya mengemukakan tajuk kajian secara syok sendiri tanpa pembacaan awal yang mendalam.

Malangnya anda tidak ada panduan untuk memulakan kajian anda maka anda mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan gap dan research framework anda. Anda terlalu sibuk mencari tajuk kajan yang sesuai, sedang tajuk kajian bukanlah perkara pertama yang anda perlu cari. Malah paling sadis, anda tak tahu pun apa itu gop dan research framework dan kenapa anda perlu memantapkan kedua-duanya terlebih dahulu, menyebabkan anda terkial-kial sepanjang perjalanan anda dan menjadikannya semakin getir, walhal anda tidak perlu melalui semua itu!

Mitos 3 – Membuat penyelidikan peringkat PhD atau Master bermakna anda bekerja berseorangan.

Dunia telah berubah. Maklumat bukan sahaja di hujung jari anda tetapi juga di hujung jari rakan-rakan seperjuangan anda. Terdapat ramai pakar dan rakan- rakan yang sudi membantu anda memberi penjelasan dan mendapatkan artikel- artikel. Ambil tahu dan join rangkaian Facebook, blog, dan lain-lain (seperti Doctorate Support Group) bagi anda meminta bantuan merentasi sempadan IPT malah sempadan geography.

Malangnya, anda tidak joint mana-mana group, tiada discussion group dan dok termenung sendirian mengenang nasib.

Mitos 4 – Menunggu benar-benar bersedia baru memulakan penulisan.

Menulis tesis adalah suatu yang rumit kerana manuskrip yang dihasilkan tebal dan terperinci. Oleh itu anda perlu memulakan penulisan proposal yang standard seawal Semester 1 tanpa perlu menunggu lantikan SV, habis coursework dahulu dan lain-lain.

Malang sungguh anda yang ada pengalaman membuat Master tetapi tidak terus memulakan penulisan proposal PhD. Lagi awal anda mulakan penulisan lagi awal anda membina asas kukuh dan pemahaman menyeluruh kepada penyelidikan anda. Pelajarilah menulis tesis secara efisien dan pantas melalui aplikasi Document Map / Navigation Pane bagi tujuan tersebut, nescaya penulisan anda lancar dan anda boleh menyusun maklumat dalam proposal anda secara sistematik.

Malangnya anda menunggu Semester 3 baru nak mulakan penulisan dengan harapan anda telah bersedia. Ingatlah, anda tidak akan pernah bersedia jika anda tidak memulakan penulisan anda. Semakin awal anda mula menulis, semakin awal anda menguasai kajian anda.

Saya tidak boleh bayangkan seorang pelajar yang membentangkan proposal pada semester ke 5 atau 6 dan kemudiannya mendapati proposal tersebut terlalu banyak yang perlu dibetulkan. Alangkah baiknya jika perkara tersebut berlaku pada semester ke 2 atau 3 yang mana masih ada masa untuk membetulkannya.

Mitos 5 – PhD atau Master hanya untuk mereka yang muda, genius yang membuat kajian yang dahsyat-dahsyat. Kajian peringkat Master/ PhD hanyalah sebagai satu pra-syarat untuk mendapatkan ijazah PhD atau Master bagi calon yang boleh bekerja secara sistematik. Menghasilkan tesis PhD atau Master hanyalah satu usaha ‘a contribution to knowledge’ dan bukannya bertujuan untuk mengubah dunia atau sebarang polisi atau menghasilkan sesuatu yang super “original” atau membuat sesuatu yang belum pernah dibuat sebelumnya. Jika benar-benar anda ingin “mengubah dunia”, selesaikan dahulu PhD anda!

Tambahan membuat kajian peringkat PhD atau Master memerlukan kemahiran yang “boleh dipelajari”. Tambahan sekarang, banyak ruang dan peluang untuk memperolehi kemahiran tersebut. Teknik mencari gap kajian, menghasilkan research framework, penentuan saiz sample, analisis statistik, teknik menulis kritis, menggunakan software seperti EndNote atau NVIVo. Semuanya skils yang boleh dipelajari, tanpa memerlukan anda seorang yang genius. Cari atau anjurkan sesama sendiri. Takkan itu pun SV anda perlu bagitau.

Contohilah Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan UKM yang menganjurkan bengkel saban seminggu. Paling mengharukan, bengkel tersebut juga dikendalikan oleh bekas pelajar PhD UKM dan pensyarah sendiri dengan bayaran yang sangat minimum berbanding dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. Mereka juga berjaya memohon satu ruang yang besar dengan kelengkapan meja dan lain-lain yang membolehkan pelajar PhD atau Master berjumpa, berbincang dan menganjur bengkel-bengkel.

Sumber : Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL