no comments

5 Langkah Wajib Supaya Anda Banyak Menulis Dari Banyak Berfikir ..

lagipun 5 langkah ini sering diabaikan dipermulaan perjalanan sebagai calon master / PhD. Aku cadangkan satu perkara yang anda mungkin tak setuju…. bila anda mula menulis… menulis dgn banyak tanpa perlu terlalu banyak berfikir…. tapi dgn satu syarat… anda dah ada semua bahan yang anda nak tulis…

Apa syaratnya?

Syaratnya sebelum anda nak mulakan kajian dan menulis proposal / thesis ko kena lakukan 5 langkah berikut iaitu mencari bahan rujukan secara sensitive, specific yang dilakukan secara systematic.

Langkah 1: Define the main keywords of the topic / area of investigation – sensitive and specific !

anda kenalah senaraikan perkataan utama bagi konsep / keyword topic kajian anda supaya pencarian anda sensitive dan specific. Sensitive tu maknanya tak ada yang tidak diproses dalam pencarian dan specific adalah hasil pencarian tersebut semuanya releven dgn scope topik kajian anda.

Katakan anda nak buat kajian e-learning…. anda kena juga masukkan dalam pencarian konsep yang setara seperti mobile-learning, web-based learning, internet learning, computer-based learning, online learning dll…… tanpa semua ini…. pencarian anda dikatakan tidak sensitive. Namun jangan pula anda masukkan juga perkataan spt multimedia atau animation sebab pencarian dah tak jadi specific lagi…. sebab itu bukan skop kajian anda lagi…

Langkah 2: Identify database with search engine !

Anda kena tahu data base yang paling sesuai utk mendapatkan artikel secara sensitive dan specific. Jika education maybe banyak di ERIC, Wiley dan ScienceDirect dan jika berkaitan medical di PubMed dan Medline Plus… dan kalau management di EMERALD dan sebagainya. Pun begitu…. anda juga boleh cuba database general spt Google Scholar.

Kalau anda taktahu kat mana databases tu berada boleh cuba dapatkan panduan di http://www.teachthought.com/technology/100-search-engines-for-academic-research

Langkah 3: Search information – make it systematic !

Dah tahu sumber data bases dari Langkah 2…. anda mesti expert dgn Boolean Operator dan juga explore habis2san advanced search…. supaya pencarian anda betul2 sensitive dan specific…. dilakukan secara systematic !

Langkah 4: Download relevant information

Katakan anda dah dapat artikel yang relevan…. selepas ko selesai kan semua langkah 1-3… then anda pun download …. save atau export ke Reference Manager spt EndNote dan Mendeley….

Langkah 5: Manage and read articles effectively

Dah dapat semua artikel….. masukkan dalam Mendeley dan masa nilah anda gunakan Mendeley utk membaca secara selektif mana yang paling releven sekali berdasarkan theme2 yang berkaitan dgn penulisan proposal / thesis.

Jadi?

Jadi…. setelah anda dapat mengumpulkan artikel yang “terlebih-lebih”yang releven dan specific… sebab ada jutaan artikel diluar sana….maka membacalah dgn effective dan terus menulislah sebanyak mungkin dgn teknik CPR….. copy phase rephrase (aku dah ajar dalam bengkel2 aku) ke dalam ZDOT….sehingga fakta-fakta yang banyak tersebut akan memberikan gambaran tentang argument, theory, instrumentation, sampling, research design dll dalam topik kajian ko.

Jadi dgn bahan yang lebih dari mencukupi….specific dan releven….. bukan sahaja anda mudah guna CPR… anda jugak boleh terus menulis tanpa perlu pecah kepala !

Sumber: Dr Othman Talib
Dari : Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL