no comments

5 Cara Menulis Sebagai Habit

5  Cara Menulis Sebagai Habit.

Kita Selagi tidak memulakan menulis kita tidak akan menulis. Mari Kami kongsikan sikit tips untuk menjadikan menulis sebagai Habit.

Pertama:

Jadilah seorang activationist yang akan bertindak menulis apa sahaja bila ada idea. Bila terfikir sesuatu, terus jot down walaupun pada note dalam handphoneatau rakam idea jika berada di dalam kereta mahupun di tempat-tempat lain supaya tidak lupa.

Kedua :

Jangan tunggu idea menjadi perfect. Idea akan perfect bila kita mula menulis. Bila anda mula menulis anda akan menvisualkan apa yang anda fikir dalam bentuk tulisan dan akan membuat anda berfikir bila membacanya. Bila anda mula berfikir anda akan “dipaksa” berfikir untuk membaiki dan kembangkan idea penulisan anda. Jadi anda sebenarnya bukan stuck kerana tidak ada idea tapi anda gagal dikembangkan idea anda. Idea anda sampai bilapun tidak akan berkembang kalau anda tidak menulis. Stuck menulis lebih baik dari tidak menulis langsung. Menulis tidak sesuai bagi seorang perfectionist!

Ketiga:

Jangan menulis terlalu naik ikut sekuen dulu. Tulis dulu apa-apa idea hatta terlompat-lompat. Sudah ada isinya barulah kita aturkan sekuennya macam puzzle. Kalau tidak mula satu dulu sampai bilapun anda tidak mula, malah anda boleh mula dari tengah atau belakang kalau itu idea yang anda dapat dulu.

Keempat:

Jangan takut untuk menulis dan terima kritikan. Kalau takut, hilanglah confident habislah ceriter! Kritikan ada dua – Kritikan membina dan kritikan tidak guna! Abaikan sahaja yang kedua.

Kelima:

Banyak membaca bro, dalam topik yang anda minat dantidak minat juga. Membaca sambil membuat analisis, kalau tidak membaca dan berangan tunggu idea, jadi pisang beranganlah.

 

Sumber Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL