no comments

5 CARA dan PERINGATAN BILA MENULIS “DISCUSSION OF FINDINGS”

Pertama: Mulakan muqaddimah Bab 5 dengan ulasan ringkas keseluruhan dapatan kajian anda bagi refresh pembaca apa yang anda telah temui dalam kajian anda, yang menjurus dalam menjawab persoalan kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian.

Kedua: Ini diikuti dengan mengemukakan secara ringkas dapatan2 yang lebih penting dan signifikan. Dapatan2 yang penting dan signifikan inilah ibarat bola di kaki…. hanya tinggal anda dan penjaga gol lawan sahaja. Jika anda tak boleh score… tunggu jerlah botol air melayang ke dalam padang!

Ketiga: Dapatan2 yang penting dan signifikan inilah yang perlu dikupas lanjut dalam paragraph seterusnya dan bagaimana dapatan2 kajian anda ini menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang kajian anda.

Keempat: Oleh itu jangan malukan diri anda dengan asyik-asyik menulis seperti berikut yang hanya menunjukkan dapatan kajian ko pun lapok… kerana menyokong kajian lama… samalah seperti anda tulis “kajian ini menghasilkan cip pemprosesan yang menyokong cip pentium oleh AA (1996)….” Sedang la ni dah guna duo core bro !

Kelima: Walaupun memang terdapat dapatan kajian yang secara umum sama dgn kajian lepas, anda perlu membincangkan aspek2 khusus dalam kajian anda yang berbeza dengan kajian lepas…..

Sumber: Dr Othman Talib

Dari: Team Mpws

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL