no comments

4 tips menulis tesis dengan cepat dan efisen

Tips menulis tesis dengan cepat dan efisen

PERTAMA: TEKNIK DOCUMENT MAP

Kuasai kemahiran menulis cepat dan efisen dengan aplikasi DOCUMENT MAP (Doc Map) MS World 2007/2010 adalah satu kemestian. Tidak boleh saya bayangkan menggunakan ~10 % sahaja fungsi yang disediakan. Bukan sahaja penulisan anda akan lambat tetapi juga tidak efisen. Menguasai Document Map membolehkan anda menggunakan teknik 1File1Thesis (bukannya 1file1chapter) serta Write and Cite While You Read (WCWUR) juga Do It Right Do It Once (DIRDIO) yang menjadikan kerja penulisan dan editing tesis sangat cepat, mudah, organized dan eemmm, menghairahkan! Kemahiran ini termasuklah menggunakan fungsi Refrences untuk terus menulis citation dan bibliography dalam proposal / tesis (jika anda tidak menggunakan EndNote). Contoh mudah, jika anda menaip Table of Content bagi tesis 300 mukasurat, anda mungkin perlukan 3 – 4 jam. Dengan aplikasi Document Map, anda cuba perlu klik dan semuanya akan siap secara automatik dalam 5 saat tanpa anda perlu menulis walaupun sepatah perkataan! Bezakan betapa cepat dan efisen! Jangan lupa, selepas siap penulisan anda, save dalam Dropbox, bukan thumb drive ataupun hard disk anda.

KEDUA : TEKNIK FORESEE

Selepas menguasai Document Map, dan mendapatkan reseacrh gap yang sesuai, anda akan mula menulis. Penulisan bermula dengan satu paragraph yang baik. Satu paragraph yang baik akan menghasilkan beribu-ribu paragraph dan seterusnya tesis yang baik. Jadi kuasai teknik foresee dalam menulis paragraph demi paragraph. LR tak kritis ? Jadi jangan lupa aplikasi teknik Analisis + Sintesis= Kritis supaya anda tidak menulis seperti buku teks atau seperti meringkaskan karangan. Berapa ramai siswazah membuang masa menulis kemudian mengedit, tulis, edit, tulis, edit, hanya tidak menguasai teknik penulisan secara kritis. Penguasaan teknik ini akan menjadikan tesis khususnya LR anda tersusun dengan idea yang jelas dan kritis.

KETIGA : TEKNIK RFOT

Setelah mula menulis dan membaca, mendapat idea yang lebih jelas, langkah seterusnya adalah membina Reseacrh Framework. Ramai siswazah tahu membina Reseacrh Framework yang lebih penting.

Anda boleh membina Research Framework dengan mudah menggunakan templat yang saya bina iaitu templat RFOT yang saya sediakan untuk anda. Penggunaan RFOT adalah sama seperti menyediakan proposal  hanya dalam satu muka surat sahaja! Anda juga boleh double check reseacrh framework anda dengan teknik jadual OPISA bagi mengesahkan the flow mengesahkan the flow of your research dan sekaligus menentukan keputusan dan tahap kajian yang akan anda jalankan.

KEEMPAT : BE REALISTIC

Tesis anda bukan segala-galanya. Ramai yang terjerat leher kerana terlalj excited sehingga ingin menjalankan kajian yang bombastic! Sebagai student researcher yang novis, pilihlah kajian yang ada teori yang dah established, ada instrument (untuk adopt dan adapt) dengan sample frame yang mudah diperolehi. Ini akan meningkatkan darjah researchability kajian anda. Kajian yang “biasa-biasa” tapi dijalankan dengan sistematik dan komprehensif jauh lebih baik dari kajian yang “gempak giler” tapi gagal dijalankan dengan baik.

 

Sumber: Dr Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL