no comments

3 Tips Penulisan Dengan Cepat Dan Efisien

3 Tips Penulisan Dengan Cepat Dan Efisien

PERTAMA – ZERO DRAFT DAN TEKNIK ALMARI
Membaca dan menulis petikan dari artikel-artikel yang anda telah kumpulkan amat mudah dilakukan dalam Zero Draft secara teknik almari kerana penulisan boleh dilakukan serentak untuk semua chapter, bukan menunggu siap satu chapter baru nak tulis chapter seterusnya kerana itu bukan nature menulis research! Maksudnya, dengan Zero Draft, apabila anda boleh siapkan 3 chapters bagi prosposal anda at the same time, anda akan hasilkan masnuscript dengan cepat lagi efisien malah mengikut chronology dan flow yang betul. Masa 6 bulan yang biasa diperlukan oleh pelajar menyiapkan 3 chapters proposal misalnya, boleh saja disiapkan dalam tempoh tak sampai 2 bulan sahaja dengan Zero Draft dan teknik almari.

KEDUA – TENTUKAN TARGET
Penulisan mesti ada target. Bagi pelajar Master misalnya, anda ada 3 tahun atau 6 semester, maka proposal paling lewat perlu dibentangkan dalam tempoh 2 semester terawal (1 tahun). Then jalankan kajian, data collection dalam 2 semester berikutnya (dah 2 tahun) diikuti dengan semester terakhir untuk analisa data, penulisan dan pemantapan tesis. Namun dengan teknik-teknik di atas, kerja-kerja penulisan boleh dimulakan jauh lebih awal dengan cepat dan efisien.

KETIGA – BE REALISTIC
Tesis anda bukan segala-galanya. Ramai yang terjerat leher kerana terlalu excited sehingga ingin menjalankan kajian yang bombastic! sebagai student researcher yang novis, pilihlah kajian yang ada teori yang dah established, ada instrument (untuk adopt dan adapt) dengan sample frame yang mudah diperolehi. Ini akan meningkatkan darjah researchability kajian anda. Kajian yang “biasa-biasa” tapi dijalankan dengan sistematik dan komprehensif jauh lebih baik dari kajian yang “gempak giler” tapi gagal dijalankan dengan baik.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL