no comments

3 JENIS LITERATURE REVIEW

3 Jenis Literature Review

1. (Narrative) Literature Review:
Ini adalah proses sisntesis kajian- kajian utama dari artikel- artikel utama bagi menjelaskan apa yang telah dilakukan secara diskriptif bagi menyokong keperluan kajian yang akan dilakukan, tidak melibatkan apa-apa keperluan statistik dalam review tersebut. Selalu disebut sebagai LR sahaja. Ini yang sering dibuat dalam tesis.

2. Systematic (Literature) Review:

Adalah sintesis secara komprehensif sejumlah artikel relevan yang telah dikenalpasti secara saringan yg ketat bagi menjawab satu persoalan / hipotesis yang khususnya bertujuan membuat sesuatu keputusan (oleh plicy makers). Selalu disebut SLR yg sering dijadikan artikel untuk publication.

3. Meta-analysis Review:

Adalah review yang menggunakan teknik statistik utk sintesis keputusan kuantitatif sejumlah artikel contohnya menganalisis nilai effect size kajian-kajian melibatkan satu intervensi / rawatan suatu program atau medication. Selalu disebut meta-analisis sahaja yang juga dihasilkan untuk publication.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL