no comments

3 Cara Ringkas Pengujian Validity

3 Cara Ringkas Pengujian Validity

1. Content validity

Digunakan apabila anda ingin pastikan KANDUNGAN item / instrument yang anda bina mewakili apa yang anda ingin uji. Content validity sesuai untuk instrument menguji pemahaman tentang content seperti ujian Maths atau Sains. Caranya anda serahkan item / instrument anda kepada sekumpulan pakar / guru pakar- itu sahaja! Bagi yang membina instrument psychometric, anda kena uji juga dengan sekurang-kurangnya salah satu dari validity berikut kerana instrument sychometric lebih mengukur kriteria dan construct yang perlu diuji lebih dari hanya sekadar content validity.

2. Criterion validity

Katakan anda ingin mengukur kebolehan menjadi pemimpin kolej. Anda pun sediakan satu instrument kriteria pemimpin kolej yang cemerlang untuk diisi oleh bakal-bakal calon pilihanraya. Katakan instrumen X. Kemudian anda sediakan satu lagi instrument yang lebih ringkas yang diberikan kepada sekumpulan bekas pimpinan kolej yang aktif dan cemerlang bagi menilai kriteria yang ada pada bakal-bakal calon pilihanraya tersebut, katakan instrument Y.

So, apa lagi, anda uji korelasi kedua-dua skor X dan Y bagi mengetahui adakah kriteria pemimpin yang baik pada bakal calon pilihanraya kolej menepati kriteria bekas pimpinan yang cemerlang dengan melihat korelasi skor yang tinggi. Jika korelasi tinggi, maka instrument X valid dalam mengukur kriteria pemimpin yang cemerlang.

3. Construct validity

Digunakan apabila anda ingin tahu sama ada construct dari instrument anda dapat dikaitkan dengan construct yang telah diukur dengan instrument lain dan telah menjadi teori yang established.

Katakan anda ingin mengukur kejayaan pelajar Sains. Terdapat 3 construct seperti self-esteem, IQ, EQ. Caranya dengan mengesahkan skor yang tinggi katakan self- esteem dengan teori (atau kajian lepas) yang menyatakan bahawa pelajar berjaya adalah pelajar yang mempunyai self-esteem yang tinggi. Lakukan perkara yang sama dengan IQ dan EQ. Jika ada persamaan atau saling berkaitan, maka instrument anda akan meningkat validitynya.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL