no comments

Tips Menghadapi VIVA

VIVA adalah kemuncak kepada calon MSc dan PhD.
VIVA adalah penentu segala penat lelah selama 2/4 tahun.
VIVA adalah hari di mana calon MSc/PhD mempertahankan hasil usaha mereka selama 2/4 tahun.
Bagaimanakan proses VIVA ini boleh berlaku?
Proses VIVA ini bermula apabila seseorang calon menghantar borang Notice of Thesis Submission (PG16).
Borang PG16 ini ialah borang di mana proses perlantikan examiner akan dijalankan.
Apabila penamaan examiner telah dibuat, maka calon akan diberi tempoh selama 3 bulan untuk menghantar 4 copy thesis beserta borang PG17.
4copy thesis ini buat:
1copy: Pengerusi VIVA
1copy: Internal examiner
1copy: External examiner
1copy: utk simpanan pejabat
 
Apabila 4copy thesis diterima oleh pejabat. Pihak pentadbiran akan menghantar tesis ini kepada semua panel VIVA (2 examiner & pengerusi).
Seminggu selepas itu, tarikh awal jangkaan VIVA akan dikeluarkan.
Setelah lebih kurang 2 bulan, maka apabila semua panel bersetuju, pihak pentadbiran akan mengeluarkan surat jemputan kepada calon untuk menghadiri sesi VIVA tersebut.
Pada ketika ini, calon akan mengetahui siapakan gerangan barisan panel VIVA beliau.
#Pengalaman kawan saya yg belajar di UK, supervisor beliau memberitahu siapakah gerangan barisan panel beliau dan menyuruhnya pergi berkenalan dahulu dengan panel VIVA tersebut.
Pengalaman VIVA ini adalah pengalaman saya ketika menghadiri sesi VIVA pengajian MSc dan PhD. Dua pengalaman berbeza, dua debaran yang berbeza, dua persediaan yang berbeza.
Tips hari VIVA:
1) Datanglah awal, sebaiknya 15min sebelum. Supaya sempat untuk ‘amik feel’ dengan kawasan sekitar bilik VIVA. Sempat untuk masukkan slide powerpoint.
2) Pakailah pakaian yang paling akan membuat anda berasa yakin.
Apabila semua panel sudah hadir. Maka sesi VIVA akan bermula. Di UMT, akan ada 4/5 orang yang akan hadir ketika sesi VIVA ini berlangsung:
1. External examiner
2. Internal examiner
3. Pengerusi VIVA
4. Pencatat
5. Supervisor (tidak wajib hadir, tetapi dijemput hadir)
Sebelum sesi VIVA ini bermula, maka tuan pengerusi akan menerangkan perihal perjalanan VIVA.
6 fasa:
1. Calon akan diminta keluar utk memberi ruang kepada panel berbincang (kebiasaannya mengambil masa selama 15-30min)
2. Calon dipanggil masuk untuk membentang hasil kerja mereka. 20-30min akan diberikan untuk sesi perbentangan.
Ada 2 jenis sesi perbentangan ini:
a) Calon akan membentangkan hasil kerja mereka tanpa di interupt oleh mana2 examiner.
b) Calon membentangkan, semasa proses pembentangan ini, calon akan terus disoal oleh examiner.
Setelah selesai perbentangan, sesi soal jawab akan bermula.

Sesi soal jawab ini bergantung kepada examiner. Ada yang mengambil masa selama 2 jam hingga 4 jam. Ada juga yang berhenti rehat dahulu, dan bersambung selepas lunch hour. Pengalaman seorang kawan saya yang belajar di US dahulu, sesi VIVA beliau mengambil masa selama 2 hari berturut-turut. Bayangkan bagaimana perasaan beliau.

3. Setelah selesai segala proses perbentangan dan soal jawab, maka calon akan diminta keluar untuk kali kedua.
4. Setelah 15-30 min, calon akan dipanggil dan keputusan VIVA akan diumumkan.
5. Setelah keputusan telah diketahui, maka berakhirlah sesi VIVA untuk hari tersebut dan sedikit jamuan akan dihidangkan.
6. Pulanglah calon dengan perasaan gembira dan syukur kehadrat ILAHI kerana sudah lulus dengan cemerlang.

Setelah pulang, maka proses correction akan bermula. Dan setelah itu, bolehlah menghantar tesis tersebut kepada senate. Setelah surat senate telah dikeluarkan, maka berakhirlah sesi pengajian tersebut.

Tips Menghadapi VIVA:
1) Kenali siapakah gerangan panel examiner anda. Bagaimanakah beliau. Bidang kegemaran beliau.
2) Fahami ke semua ceruk/ pelusuk tesis anda.
3) Slide powerpoint ringkas dan padat. Dalam lingkungan 20-30 slide. Targetkan masa 1 slide, tidak lebih 1 min.
3) Cuba sediakan soalan2 yang mungkin akan di soal oleh examiner. Kebiasaanya soalan yang lebih berkisar tentang problem dan contribution.

Antara website yang saya jadikan sebagai panduan sebelum VIVA:
http://www.theguardian.com/higher-education-network/2015/jan/08/how-to-survive-a-phd-viva-17-top-tips
https://wahmednano.wordpress.com/2012/02/28/my-top-20-phd-viva-questions-18/
http://pages.cpsc.ucalgary.ca/~saul/wiki/uploads/Chapter1/NastyPhDQuestions.html
http://alekskrotoski.com/post/phd-viva-answers-to-a-few-questions
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1079624/
http://www2.le.ac.uk/departments/gradschool/training/eresources/study-guides/viva/prepare/questions

4) Ketahui juga artikel-artikel terbaru yang dipublish di journal2.
5) Cuba jawab sebaik mungkin apa yang disoal oleh examiner. Jikalau tidak tahu, katakan tidak tahu. Jangan reka.
6) Relaxkan minda dan enjoy ketika sesi ini berlangsung.

Remark:
Walaupun, pencatat dan pengerusi sepatutnya tidak akan mengambil bahagian di dalam sesi soal jawab, tetapi anda perlu ingat. Pencatat dan pengerusi dilantik dari kalangan orang dalam bidang anda. Maka, jika sudah di namakan majlis ilmu, maka perkongsian idea, cetusan2 idea dan sesi soal jawab antara mereka akan tercetus juga.

dan last skali
Berdoalah pada Allah, semoga dipermudahkan segala-galanya. Diberikan kejayaan. InsyaAllah. Amin

 
KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL