no comments

8 Teknik Bercakap di Khalayak Ramai

#Teknik Pertama

Mula-mula, berdiri di depan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda. Harapnya, cermin itu anda boleh lihat seluruh tubuh anda, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kemudian, pejamkan mata anda. Tenangkan fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.

Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang. Semua orang di dewan itu sedang memerhatikan anda. Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu anda sedang bercakap.

Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu? Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda lemah? Adakah anda rasa perut anda memulas? Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?

Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan dengan serius, anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara untuk memajukan diri anda.

Jadi, latihan pertama hari, lakukan aktiviti tadi. Cari cermin besar tadi. Kalau tak ada cermin di rumah, cari di tempat lain seperti di sekolah anda, rumah sahabat anda atau kalau tak jumpa sangat, gunakan tandas awam pun boleh. (Tapi cari tandas awam yang bersih la ye, nanti konsentrasi terganggu dengan bau busuk pulak?.

#Teknik Kedua

Anda sudah lakukan latihan tip #1? Jika belum, anda mungkin akan hadapi kesukaran untuk memahami apa yang akan dibincangkan dalam beberapa hari ini. jadi, lakukan latihan itu dahulu sebelum anda mulakan.

Setelah anda berdiri dan bayangkan yang anda sedang berdiri di depan khalayak ramai, dapatkah anda rasa debaran dan rasa gementar dalam diri anda. Terus terang, walaupun saya sudah banyak kali membuat program di depan khalayak ramai, saya masih merasa gementar setiap kali saya mahu memulakan sesuatu program atau setiap kali saya mahu mula bercakap.

Sebenarnya, rasa gementar itu adalah normal. Anda akan rasa walaupun anda sudah berpengalaman. Apa yang membezakan seseorang yang berpengalaman atau tidak ialah, seseorang yang berpengalaman tahu bagaimana mahu mengawal dan menggunakan rasa gementar itu untuk menjadi hebat semasa bercakap.

Soalan saya lagi, adakah anda sedar bagaimana cara anda berdiri semasa anda merasa gementar? Lakukan latihan semalam sekali lagi. Apabila anda sudah dapat bayangkan situasi semalam dan mula merasa gementar, buka mata dan lihat cara anda berdiri. Lihat memek muka anda. Lihat kedudukan bahu anda juga. Anda akan lihat bagaimana cara?seseorang yang merasa gementar berdiri.

Ini adalah pengajaran yang penting. Oleh kerana anda berdiri seperti seseorang yang sedang merasa gementar, anda pasti merasa gementar dan takut. Jadi, pengajaran pertama untuk bercakap dengan yakin di depan orang ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang yang sedang berdebar dan gementar.

Tugasan untuk anda hari ini, lihat kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja sedang berucap. Bolehkah anda lihat siapa yang sedang merasa gementar (nervous) semasa berucap di khalayak ramai?.? Bolehkah anda kesan sama ada mereka rasa berdebar atau tidak? Bolehkah anda lihat debaran itu semua melalui pergerakan tubuh mereka?.? Perhatikan???

#Teknik Ketiga

Tips seterusnya, setelah anda tahu bahawa anda akan rasa gementar jika anda berdiri seperti orang yang gementar, anda perlu tahu bagaimana cara orang yang berkeyakinan tinggi berdiri pula. Maksudnya, anda perlu perhatikan, jika seseorang yang berpengalaman berucap dikhalayak ramai, bagaimana cara beliau berdiri.

Perhatikan, bagaimana rupanya orang yang berkeyakinan tinggi ini berucap. Ini adalah penting. Jika anda tidak boleh bayangkan bagaimana cara ini dilakukan, anda akan hadapi kesukaran untuk melakukannya.

Sama seperti orang belajar menunggang basikal. Jika anda mahu menunggang basikal dengan baik dan hebat, anda perlu tiru cara pergerakan seseorang yang hebat menunggang basikal. Dengan meniru pergerakan mereka, anda boleh tiru mereka.

Apa yang boleh anda lakukan mulai hari ini, mula buka mata anda dan lihat disekeliling anda. Cari peluang melihat orang professional berucap. Perhatikan cara mereka. Anda boleh lihat cara orang berucap di televisyen. Anda boleh lihat?di sekolah. Jika sudah bekerja, anda boleh melihat di tempat kerja atau di tempat anda berkursus.

Semasa memerhatikan mereka berucap, bayangkan anda sedang berucap seperti mereka. Ini sangat penting! Bayangkan yang anda sedang berucap dengan hebat seperti mereka.

#Teknik Keempat

Bayangkan semula semasa anda berucap di depan khalayak ramai. Jika anda atau sesiapa sahaja sedang berucap dalam keadaan berdebar dan gementar, tahukah satu perkara yang anda atau mereka lupa lakukan? Apa agaknya yang anda mungkin terlupa lakukan ya?..?

Percaya tak kalau saya kata anda lupa untuk BERNAFAS???.? Pelik tak bunyinya?.?

Ini adalah benar. Kerana anda terlalu rasa berdebar, anda mungkin masih bernafas, tetapi anda tidak bernafas dengan normal. Anda bernafas dengan begitu laju macam anda baru berlari pecut seratus meter. Mungkin anda tidak sedar tentang perkara ini.

Oleh kerana anda bernafas dengan terlalu laju, ada dua perkara utama yang berlaku.

  • Pertama, percakapan anda menjadi laju. Bayangkan anda bercakap 100 patah perkataan dalam satu nafas, laju tak agaknya? Tentu laju bukan? Ini membuat percakapan anda tidak jelas. Penonton pula tidak akan faham apa yang anda katakan. Disebabkan itu, anda jadi semakin berdebar, lalu pernafasan anda semakin laju. Silap-silap, anda akan jatuh pengsan??.
  • Kedua, pernafasan yang laju adalah pernafasan yang pendek. Ini bermaksud, udara cuma berada dalam paru-paru anda sekejap sahaja sebelum ia dikeluarkan semula. Paru-paru anda tidak akan sempat untuk menyerap oksigen dengan baik, lalu anda akan kekurangan oksigen. Lebih teruk lagi, kekurangan oksigen ini akan mengurangkan keupayaan anda untuk berfikir dengan baik kerana otak anda kekurangan oksigen. Jadi, ucapan anda menjadi kelam kabut. Kemudian apa? Semakin teruk lagi perasaan gementar anda dan semakin teruk lagi ucapan yang anda berikan.

Jadi, latihan hari ini, berdiri depan cermin, cuba bernafas dengan laju. Bernafas macam anda baru dikejar hantu? ? Cuba perasan apa rasanya? bolehkah anda berfikir dengan baik kalau dalam keadaan begini?..?

#Teknik Kelima

Setelah anda tahu bahawa cara anda bernafas akan mempengaruhi apa yang anda rasa, anda perlu belajar cara bernafas yang boleh membuat anda rasa lebih tenang. Secara mudahnya, anda akan merasa tenang jika anda menarik nafas panjang.

Cuba latihan ini, tarik nafas anda selama 7 saat perlahan-lahan?.. kemudian, tahan nafas anda selama 7 saat?.dan lepaskan nafas anda perlahan-lahan selama 7 saat juga?? di masa yang sama, kosongkan fikiran anda. Maksudnya, jangan fikir tentang apa-apa?.. cuba beberapa kali.

Jika ini kali pertama anda mencuba cara ini, anda mungkin rasa pening sedikit. Tidak mengapa. Setelah anda amalkan, anda akan rasa segar dan bersemangat setiap kali anda lakukan latihan ini.

Jadi, setiap kali anda mahu bercakap dikhalayak ramai, mulakan dengan menarik nafas yang dalam dan panjang. Perhatikan juga cara anda bernafas semasa anda berucap. JIka anda rasa gugup semasa berucap, perbetulkan cara anda bernafas. Anda akan berucap dengan lebih baik. Perhatikan juga kelajuan anda bercakap. Jika anda bercakap terlalu laju, mungkin anda juga sedang bernafas dengan laju. Jadi, perlahankan. Kawal semula pernafasan anda dan tingkatkan rasa keyakinan diri anda semasa berucap.

#Teknik Keenam

Tips hari ini saya nak suruh anda buat sesuatu yang pelik sedikit. Saya mahu anda cari sebatang pokok (yang hidup atau mati, yang besar atau kecil.)

Berdiri mengadap pokok tersebut?. dan?. cuba bercakap dengan pokok tersebut??

Cuba bercakap dengan nada yang menarik, naik dan turun?.. cuba buat memek muka yang menarik?. adakah anda rasa malu jika anda lakukan perkara tersebut.

(Tips: jangan lakukan perkara ini apabila ada orang disekeliling anda. Nanti orang ingat anda gila? ? )

Setelah anda cuba bercakap dengan pokok tersebut dengan cara terbaik anda, apa yang anda rasa?.? Cuba perkara ini dan kita sambung perbincangan ini esok.

#Teknik Ketujuh

Apa perasaan anda ketika lakukan aktiviti tersebut? (Kalau anda tak lakukan tips ini tidak akan memberi kesan baik kepada anda. Jadi anda perlu cuba). Ada antara anda yang mungkin kata anda tak rasa berdebar sangat bila bercakap dengan pokok. Ada yang mungkin kata anda rasa kurang malu sebab pokok takkan ketawakan anda. Cuma anda mungkin rasa malu sebab aktiviti tu macam aktiviti orang gila.

Soalan utama saya untuk tips semalam?? apakah perasaan anda bila bercakap dengan sesuatu yang tidak memberi reaksi atau maklum balas kepada anda?

Walau sehebat mana pun ucapan anda, anda pasti rasa bosan dan tidak selesa jika bercakap dengan sesuatu yang tidak memberi reaksi kan?

Mesej saya disini ialah, walaupun anda mungkin tidak akan bercakap dengan pokok, anda mungkin bercakap dikhalayak ramai seperti anda anda sedang bercakap dengan pokok! Bagaimana pula?

Apabila anda bercakap dikhalayak ramai, jika anda seorang sahaja yang bercakap tanpa maklum balas dan reaksi daripada penonton, anda umpama bercakap dengan pokok. ia juga dinamakan bercakap satu hala.

Apa yang anda perlu sedar ialah, jika orang rasa bosan bila anda bercakap dikhalayak ramai, anda mungkin bercakap satu hala sahaja. Anda seolah-olah bercakap dengan pokok. Apabila anda bercakap begitu, anda akan lihat penonton anda mula menunjukkan muka bosan, menguap, bercakap sesama sendiri atau buat sesuatu perkara lain dan tidak beri tumpuan kepada anda.

Soalan yang patut anda ajukan kepada saya selepas membaca tips ini ialah, bagaimana caranya untuk mewujudkan perhubungan atau komunikasi 2 hala? Bagaimana caranya supaya anda tidak bercakap umpama bercakap dengan pokok?

#Teknik Kelapan

Satu tip paling mudah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara anda dan pendengar anda ialah dengan bertanyakan soalan. Soalan membuka minda pendengar anda. Jika anda bertanya soalan, minda pendengar akan mula berfikir dan cuba mencari jawapan kepada persoalan anda.

Tetapi, mengajukan soalan bukan bermaksud anda asyik bertanya kepada pendengar semasa anda berucap. Secara ringkas, ada dua jenis soalan yang anda boleh ajukan semasa anda berucap.

  • Soalan yang mengharapkan jawapan daripada pendengar. Jika anda berucap di depan terlalu ramai orang, teknik ini tidak sesuai. Ia sesuai jika anda berucap di dalam kumpulan yang agak kecil seperti di dalam seminar atau bengkel. Anda boleh tanya peserta anda soalan dan tunggu jawapan mereka. Apabila mereka memberi jawapan, berlakulah komunikasi dua hala.
  • Soalan yang tidak mengharapkan jawapan. Banyak ketikanya, anda perlu menyoal soalan tetapi anda tidak harap pendengar memberi jawapan. Sebaliknya, anda sendiri yang memberi jawapan. Dengan memberikan soalan, minda pendengar anda akan terbuka dan mereka pula yang mengharapkan jawapan daripada anda. Apabila and memberi jawapan, mereka rasa seronok dan mula menumpukan perhatian kepada anda apabila anda sedang bercakap.

Contoh bentuk soalan yang anda boleh berikan semasa berucap (katakan anda sedang berucap di depan sekumpulan pelajar sekolah dan anda sedang bercerita tentang teknik belajar), ?tahu tak kenapa lepas makan, kita mudah rasa mengantuk??? atau ?kenapa agaknya hantu cuma muncul pada waktu malam dan di tempat yang sunyi sahaja???

Selamat Mencuba! 🙂

-Sumber dari Osman Affan.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL