no comments

10 Sebab Proposal Master / PhD Disediakan Secara Berkumpulan

Dalam dunia realiti, individu lebih smart dan efficient serta motivated bila berada dalam satu team yang ada matlamat yang sama.
.
Begitu juga dgn research yang memerlukan team bagi mendapatkan idea2 dari pelbagai sudut serta saling melengkapi. Jgn hairan jika anda jarang mendengar research yang hanya dijayakan oleh one man show malah geran2 yang ditawarkan pun mestilah dalam bentuk team. Kalau publish paper…. perghh…. berderet authors !
.
Malah, jika anda minta geran atas nama anda seorang… alamat geran proposal anda siang2 lagi dah kena reject oleh panel penilai – cayolah cakap den.
.
Di RUOT, prinsip team work ini dilaksanakan sebagai satu budaya diperingkat awal pengajian master / PhD.
.
1. Calon dalam bidang yang sama bagi satu2 sesi pengambilan akan dibahagikan dalam kumpulan, katakan 3 orang. Mereka diwajibkan menyiapkan satu proposal lengkap bagi satu kajian “dummy” dalam masa 7 minggu.
.
2. Tajuk mereka yang pilih sendiri dan diminta berbincang bagi menyediakan proposal tersebut.
.
3. Seorang penasihat dalam kalangan lecturer akan memantau setiap team.
.
4. Kumpulan ini akan berbincang, mentelaah, mengkaji bagaimana cara terbaik utk mendapat, mengumpul dan menyusan artikel, menulis Bab 1 sehingga Bab 3.
.
5. Ini adalah latihan praktikal utk mereka berbincang format terbaik menyediakan proposal, bukan dari satu kepala tetapi tiga !
.
6. Selepas 7 minggu mereka diminta bentangkan proposal tersebut dihadapan kumpulan yang lain.
.
7. Hasil dari proposal tersebut, mereka akan sediakan satu review artikel / concept paper / chapter of book utk publication.
.
8. Kemudian, selepas minggu 8, barulah setiap calon memulakan penyediaan proposal masing2 secara individu.
.
9. Natijahnya calon dapat pendedahan awal secara team work dalam penyediaan proposal dan dapat pengalaman menyediakan artikel untuk publication.
.
10. Membantu postgraduate yg hanya ambil coursework peringkat master atau yang dah lama tinggalkn dunia pengajian n research utk mpelajari sediakn proposal secara hands on.
.
Kenapa plak cam tu bro…. Susahlah nak team-team ni… takut ada yang tido tak nak participate… baik buat sendiri. Lagipun, mana ada uni atas muka bumi ni buat cam tu – cer habaq !
Tulah hangpa…..cliche… jgn tak tahu…. disinilah patut bermulanya budaya network… collaborate, pembahagian tugas…. dan discussion dibentuk. Abis kalau buat sendiri tu tak tido? Kadang2 tido memanjang sampai nak masuk 3rd semester masih tak bangun2 lagi…. dan sekali bangun terus mamai…
Memang dalam dunia ni ada manusia yang nak tido jer…. tapi sebagai calon PhD / Master yang baru mendaftar, aku percaya, mereka akan tidak cukup tido kerana bersemangat utk siapkan proposal dan berbincang dalam menyediakannya secara yang terbaik. Mereka juga akan berani berbincang dan mengemukakan pendapat kepada penyelia kerana mereka dalam satu team…. bukan sorang terkonteng2….
Itu pun kalau aku jadi VC RUOT lah…

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL