no comments

TAHUKAH ANDA “PILOT ARTICLE”?

Pilot article adalah artikel terkini (paling sesuai 3 tahun kebelakangan) yang menjalankan kajian dalam bidang yang sama dengan bidang anda, malah menguji aspek atau konstruk yang hampir sama. Adalah disarankan di sini sebagai satu langkah awal adalah membaca seberapa banyak jurnal artikel dan mengumpulkan pilot article anda. Dengan adanya kombinasi beberapa pilot article ini, anda akan mendapat panduan awal bagaimana kajian yang anda cadangkan boleh dilakukan dengan lebih baik.

 

Jangan hanya berfikir-fikir apa tajuk yang anda ingin pilih, tetapi buat pembacaan intensif supaya anda dapat mencari FOKUS dan SKOP kajian anda seawal mungkin. Pilot article juga akan memberikan anda lautan rujukan yang relevan dengan tajuk anda. Anda perlu sedari bahawa anda adalah penyelidik NOVICE separuh masa (tahu tak per) yang menjalankan kajian SEORANG DIRI (hah, keseorangan ker?) tanpa bantuan GRANT (gaji pun kena potong daaa) dan tanpa RA (research assistant yang come lote), dan berkongsi seorang SUPERVISOR yang tersangatlah sibuknya dengan beberapa lagi pelajar lain, dengan had masa 3 -5 tahun serta KOMITMEN keluarga yang menggamit, maka  anda memerlukan panduan seawal mungkin sebelum anda berpusing-pusing beberapa semester hanya kerana tajuk anda bertukar ganti!

 

Melihat dan mengkaji hasil kerja orang lain yang baik adalah antara langkah penting sebagai student researcher aka novice researcher. Jadikan hasil kerja orang lain sebagai panduan berguna.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL